Setiap hari ada sahaja trend terbaharu di media sosial yang dilakukan oleh warganet dan terkini para suami difahamkan hisap susu isteri kerana ingin tahu rasa susu tersebut.
Seperti mana kita tahu, terdapat banyak kebaikan susu ibu. Antaranya mengandungi nutrien lengkap yang diperlukan untuk pertumbuhan bayi, meningkatkan sistem imunisasi dan mengeratkan hubungan antara ibu dan anak melalui proses penyusuan.
Baca juga: Teknik Mudah Ajar Anak Kayuh Basikal Tanpa Roda Tambahan, 30 Minit Dah Boleh Bawa Sendiri
HISAP SUSU ISTERI JADI KONTEN DI MEDIA SOSIAL

Menerusi salah satu video berkenaan, dapat dilihat si suami sedang minum susu isteri yang dituang di dalam cawan sambil diperhatikan oleh isteri.
Susu tersebut diletakkan sebanyak dua peket untuk suami mencuba. Video berdurasi kurang dua minit itu memperlihatkan suami yang memakai pakaian berwarna hijau itu kelihatan begitu teruja sewaktu meminumnya.
Sewaktu pertama kali minum, suami menunjukkan riak wajah terkejut kerana rasa susu tersebut begitu sedap dan berlemak.
“Siapa yang nak tahu macam mana rasa hisap susu isteri, jom kita minum,” ujarnya.
Video yang mendapat hampir 3 juta tontonan di laman TikTok itu pastinya dibanjiri komen warganet yang pelik melihat konten tersebut dimuat naik di media sosial.
Walau bagaimanapun, menurut pandangan Ustaz Azhar Idrus, seorang suami itu dibenarkan meminum susu isterinya dan perbuatan itu tidak haram di sisi agama.
“Wanita (anak dara) perlu kahwin terlebih dahulu baru ada susu dan ada tuannya iaitu suami. Jadi jika ‘tuan’ punya susu (suami) hendak minum susu itu boleh tiada masalah dan bergantung kepadanya sama ada hendak minum dengan cara macam mana sekali pun,” katanya.
Namun, masih tidak ‘manis’ dipandang terutamanya jika dimuat naik di media sosial. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Dividen KWSP 2024 Dijangka Paling Tinggi Tahun Ini, Lebih 5.8% Untuk Simpanan Konvensional
Sumber: TikTok MJ & Fitri
