Euforia Bola 2026
Famili

Akibat Termakan Keropok Beracun, Kini Si Adik Disahkan Meninggal Dunia

9
SHARES
keropok racun tikus

Akibat termakan keropok racun tikus, Muhammad Luth Syauqi berusia dua tahun dilaporkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Pulau Pinang (HPP) hari ini.

Media sebelum ini ada melaporkan abang mangsa bernama Muhammad Akil Syauqi meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 pagi Rabu lalu di PICU, HPP juga.

Baca juga: Insiden Kanak-Kanak Termakan Keropok Beracun, Seorang Meninggal Dunia

KEROPOK RACUN TIKUS: MUHAMMAD LUTH SYAUQI MENINGGAL DUNIA

Anak kedua Nurain Hasnorizal, 25, meninggal dunia kira-kira jam 1.24 tengah hari tadi. Perkara itu disahkan ahli keluarga terdekat Nurain dan urusan berkaitan jenazah kanak-kanak itu sedang dijalankan di HPP.

Dua beradik ini difahamkan termakan makanan ringan yang mengandungi racun tikus di sebuah kebun terletak di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah.

Pihak polis telah menahan seorang lelaki dan direman selama enam hari bermula Khamis (11 Julai) bagi membantu siasatan kes dua kanak-kanak berusia dua dan tiga tahun termakan keropok mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar.

Kejadian pada Isnin lalu, menyebabkan kedua-dua manga meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas beberapa hari bertarung nyawa.

Permohonan reman terhadap lelaki yang juga pemilik pekebun berusia 33 tahun itu dibenarkan Hakim Mahkamah Sesyen Mirza Mohamad bermula hari ini hingga 17 Julai.

Ia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta 611 pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan iaitu kelakuan cuai berkenaan benda beracun.

Baca juga: 7 Tanda AMARAN Kalau Termakan Racun Tikus, Rawatan Paling Cepat Guna Teknik INI

Sumber: Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×