Famili

Insiden Kanak-Kanak Termakan Keropok Beracun, Seorang Meninggal Dunia

49
SHARES
KEROPOK BERACUN

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita dua beradik kritikal selepas termakan keropok beracun. Namun salah seorang daripada mangsa, dilaporkan meninggal dunia pagi ini sekitar jam 8.40 pagi.

Mangsa, Muhammad Akil Syauqi disahkan meninggal dunia  di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).

Baca juga: 7 Tanda AMARAN Kalau Termakan Racun Tikus, Rawatan Paling Cepat Guna Teknik INI

KEROPOK BERACUN: MUHAMMAD AKIL SYAUQI MENINGGAL DUNIA

KEROPOK BERACUN

Perkara itu disahkan ibunya, Nurain Hasnorizal, 25, ketika dihubungi oleh pihak media.  Nurain berkata, anak sulungnya, Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3, menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.40 pagi.

“Betul, anak saya sudah meninggal dunia. Sekarang saya tengah tunggu proses bedah siasat,” jelasnya.

Muhammad Akil dan adiknya, Muhammad Luth Syauqi, kritikal selepas makan keropok yang dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar.

Hasil siasatan polis mendapati, dua beradik itu dipercayai mengambil peket keropok yang tergantung di dawai besi pagar mengandungi racun tujuan bagi perangkap monyet.

Kejadian itu disedari ibu mangsa pada jam 11 pagi di rumah sebelum membawa kedua-dua anaknya ke Klinik Kesihatan Malau dan Hospital Kulim (HK) untuk rawatan lanjut.

Baca juga: Bahaya Kecubung! Remaja Keracunan Lepas Tindakan Berani Makan Bijinya

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×