Air atau makanan yang tertumpah di atas sofa, sudah pastinya akan meninggalkan ‘peta’ yang tidak diingini sehingga mencacatkan rupa asalnya yang cantik. Nak pula, kesan kotor tersebut amat sukar dihilangkan. Disebabkan itu, penulis ingin berkongsikan cara mudah membersihkan sofa yang tercemar akibat kesan kotoran degil yang sukar dihilangkan.
Kalau anda nak tahu, cara ini amat jarang didengari dan mungkin anda sendiri pun tak sangka. Hal ini kerana, hanya menggunakan penutup periuk sahaja sudah boleh menghilangkan kotoran pada sofa. Mesti anda tidak percaya kan?
Baca juga: Wow! Tak Sangka 7 Teknik ‘Tersembunyi’ Ini Sangat Berguna & Mudahkan Kehidupan Harian!
CARA MUDAH MEMBERSIHKAN SOFA
Jadi, kalau nak cuba buat, jom lihat cara mudah membersihkan sofa dengan penutup periuk seperti dikongsikan oleh Arca Cahya Oktavia.
Bahan dan peralatan yang diperlukan:
- Besen atau sebarang bekas untuk mengisi air
- Dua hingga tiga cawan air panas
- Sabun pencuci pinggan jenis cecair
- Pelembut pakaian (softener)
- Tuala microfiber saiz kecil
- Penutup periuk yang ada pemegang
Baca juga: Cara DIY Cermin Mata Elak Kabus, Suhu Air Main Peranan!
Cara membersihkan sofa:
- Bentangkan tuala dan letakkan penutup periuk di atasnya, ikat ketat pada pemegang penutup periuk seakan membunjut.
- Kemudian tuangkan kira-kira empat sudu besar cecair sabun pencuci pinggan serta pelembut pakaian ke dalam besen.
- Masukkan air panas dan kacau campuran sehingga sebati.
- Rendamkan penutup periuk yang sudah dibalut dengan tuala ke dalam bancuhan tersebut.
- Setelah itu, genggam pemegang penutup periuk dan gosok tuala pada permukaan sofa yang kotor.
- Boleh ulangi langkah membasahkan tuala dan gosok pada permukaan sofa sehingga kotoran hilang atau memudar.
- Selepas selesai, biarkan sofa mengering di bawah kipas.
Sofa anda akan kelihatan lebih bersih seperti baharu. Selamat mencuba!
Baca juga: Cara Basuh Seluar Jeans Supaya Tak Cepat Lusuh, Nampak Macam Baru!
Sumber: Tiktok ArcaCahyaOktavia
FT Image: ArcaCahyaOktavia