Impian setiap ibu bapa pasti ingin melihat anak berjaya di dunia dan akhirat. Antara langkah yang boleh diamalkan adalah dengan membacakan doa untuk anak lelaki dan perempuan seperti perkongsian di bawah.
Himpunan doa ini boleh dibaca bagi mengelakkan anak menjadi keras kepala, sentiasa berlapang dada dan menjadi insan yang berguna. InsyaAllah.
Baca juga: Dah Biasa Setiap Hari Tidur Berbogel, Ini Hukumnya Mengikut Syariat Islam
HIMPUNAN DOA UNTUK ANAK LELAKI & PEREMPUAN
Surah al-Anbiya ayat 79.
Maksudnya: “Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.”
2. Doa anak rajin ke sekolah
Surah Taha ayat 1 hingga 5.
Maksudnya: “Ta. Ha. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. Allah. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.”
3. Doa supaya menghindari anak keluar malam
Surah ar-Rum ayat 31.
Maksudnya: “Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna; dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik.”
4. Doa jika anak bergaduh
Surah al-Baqarah ayat 102.
5. Doa elak anak panas baran
Surah al-Hasyr ayat 22 hingga 24.
6. Doa elak anak menjadi degil
Surah Ash-Shuraa ayat 19.
Maksudnya: “Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”
7. Doa agar anak taat dengan perintah Allah
Surah Taha ayat 1 hingga 5.
8. Doa agar anak rajin solat
Surah Ibrahim ayat 40-41.
Maksud ayat 40: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”
Maksud ayat 41: “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.”
9. Doa lembutkan hati anak
Surah al-Anbiya ayat 69.
10. Doa dikurniakan anak pandai
Surah Ali Imran ayat 200.
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
Ibu ayah jangan lupa amalkan 10 doa anak lelaki dan perempuan ini.
Semoga bermanfaat!