Antara tips kurus yang sering kita baca adalah dengan menjaga makan dan melakukan senaman. Selain itu, boleh juga amalkan jus air carrot seperti perkongsian Dr Rizal Abu Bakar.
Hanya menggunakan beberapa bahan di dapur sahaja, boleh dapatkan badan idaman. Boleh percaya ke? Anda kena cuba sendiri buat di rumah. Baru puas hati!
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Petua Awet Muda, Tiap Hari Benamkan Bawang Putih Dalam Nasi
TIPS KURUS GUNA AIR JUS CARROT, MUJARAB!
Ini rahsia langsingkan tubuh secara alami.
Bahan-bahan:
- 1 batang lobak merah
- 1 batang timun
- 1 biji epal
- Limau nipis/kasturi
- Madu
Cara penyediaan:
1. Kisar lobak merah, timun dan sebiji epal sehingga hancur.
2. Kalau nak manis, boleh tambahkan sedikitkan madu.
Disarankan agar minum 3 hari seminggu. Dua kali sehari pagi dan petang.
Cubalah. Confirm baju longgar, seluar londeh dan dagu tak berlapis.
Selain mampu membantu menguruskan badan, antara kebaikan lobak merah adalah:
- Tinggi nutrasi
- Meningkatkan kesihatan mata
- Meningkatkan imunisasi badan
- Mencegah kanser
- Mengawal gula dalam darah
- Mecantikan kulit
- Boleh meningkatkan kesihatan jantung
- Boleh melindungi hati
Kelebihan timun pula adalah mampu:
- Kekal bertenaga
- Menurunkan berat badan
- Berfungsi sebagai antioksidan
- Mencegah sel kanser
- Mengawal bacaan darah
- Mecantikan kulit
- Menguat dan melindungi tulang
Jadi, boleh cuba air yang disarankan di atas ya. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Ada Banyak Cara Nak Hilangkan Gatal & Miang Sayur Keladi, Confirm Tak ‘Menggaru’ Dah