Nur

Boleh Ke Ajak Non-Muslim Berbuka Puasa Sekali? Ini Jawapannya…

6
SHARES
NON-MUSLIM BERBUKA PUASA

Amalan berbuka puasa perlu dilihat sebagai satu medium yang sangat baik bagi merapatkan hubungan kejiranan dan mahabbah tanpa mengira agama dan bangsa selain daripada memberi gambaran yang sebenar terhadap sifat keramahan Islam.

Malah, bulan Ramadan juga adalah satu bulan yang baik bagi kita menyemai sikap bantu-bantu dan berkongsi kesenangan terutamanya dengan mereka yang memerlukan.

Antara isu sering menjadi tanda tanya adalah hukum mengajak non-Muslim berbuka puasa bersama. Adakah dibenarkan atau sebaliknya?

Baca juga: Ini 10 Kesalahan Dalam Solat Yang Mungkin Terlepas Pandang, Mari Betulkan!

HUKUM MENGAJAK NON-MUSLIM BERBUKA PUASA, BOLEH KE?

NON-MUSLIM BERBUKA PUASA

Firman Allah SWT:

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ (8) إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ (9)

Maksudnya: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Surah al-Mumtahanah: 8-9)

NON-MUSLIM BERBUKA PUASA

Jika dilihat di luar negara, majlis berbuka puasa turut dihadiri oleh tokoh terkenal bukan Muslim. Jadi, hukum menjemput non-Muslim berbuka puasa adalah harus dan dibolehkan dalam Islam.

Antara perkara harus diberi perhatian adalah lokasi berbuka puasa yang dipilih dan pakaian yang dikenakan haruslah bersesuaian.

Manakala adab-adab berbuka puasa haruslah dijaga dan dipatuhi. Sebarang provokasi harus dielakkan dan sebarang agenda yang tidak baik hendaklah dijauhi.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×