Nur

Dari Tenung Makanan Atas Meja, Lebih Baik Amalkan 8 Doa Sebelum Berbuka Puasa Ini!

12
SHARES
doa sebelum berbuka

Kebiasaannya pada waktu hujung berpuasa, pasti seluruh ahli keluarga akan berkumpul di meja makan untuk bersiap sedia berbuka. Selalunya apa yang kita buat adalah merenung makanan sehinggalah azan berkumandang. Sebenarnya, ada doa sebelum berbuka yang boleh anda amalkan ketika menunggu azan Maghrib.

Specialnya’ bulan Ramadhan ini adalah 10 minit sebelum waktu berbuka, merupakan peluang keemasan untuk kita merendah diri di depan Allah dengan berdoa kepadaNya. Jadi, jom amalkan doa sebelum berbuka yang bakal dikongsikan penulis ini.

Baca juga: Amalkan 10 Doa Ini Di Sepanjang Bulan Ramadan Nanti, Nescaya Nikmatnya & Pahala Berganda!

8 DOA SEBELUM BERBUKA, BOLEH AMALKAN RAMADHAN INI

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, doa orang berpuasa adalah mustajab, lebih-lebih lagi ketika waktu sebelum berbuka. Kebiasaannya, kita akan menunggu tanpa berbuat apa-apa di hadapan makanan, malah ada yang bermain gajet. Kali ini, cuba berdoa kepada Pencipta untuk menggunakan waktu istimewa ini sebaiknya!

DOA SEBELUM BERBUKA #1: MEMOHON SEGALA AMALAN ANDA LAKUKAN DITERIMA OLEHNYA 

doa sebelum berbuka

“Ya Allah, terimalah puasaku, doa-doaku, zikir-zikirku, sedekahku, zakatku & semua amalan kebaikanku di bulan mulia ini.”

Kadangkala walaupun kita mengerjakan amalan kebaikan, mungkin ada yang silap atau terlepas pandang. Untuk kesilapan-kesilapan kecil itu, berdoalah memohan kepadaNya supaya amalan kita diterima.

DOA SEBELUM BERBUKA #2: MEMOHON KEIKHLASAN DALAM SETIAP AMALAN DAN JUGA KETAATAN KEPADANYA 

Ya Allah, ampunkanlah jika ada kekurangan dlm puasaku & ketaatanku kepadaMu & jadikanlah aku dalam kalangan orang yg sentiasa ikhlas beribadat kerana-Mu.”

Mungkin ketika berpuasa, kita tidak sedar sedang melakukan dosa yang lain ataupun perbuatan-perbuatan dapat mengurangkan pahala. Untuk perbuatan tersebut, berdoalan memohon keikhlasan dalam setiap amalan ibadat kita.

DOA SEBELUM BERBUKA #3: MEMOHON KEAMPUNAN ATAS KESILAPAN LALU DAN SUPAYA TIDAK MENGULANGINYA DI MASA DEPAN

“Ya Allah, ampunkanlah semua dosa-dosaku sebelum bulan Ramadan & pandulah aku untuk tak mengulangi kesilapan yang sama lagi.”

Umat Islam tidak lari dari melakukan kesilapan malah mungkin kita sendiri tidak menyedarinya. Untuk itu, berdoalan memohon keampunan atas dosa-dosa lalu dan juga untuk elakkan diri daripada terjerumus dalam lembah dosa yang sama.

DOA SEBELUM BERBUKA #4: MEMOHON ISTIQAMAH DALAM SETIAP IBADAH YANG DILAKUKAN

doa sebelum berbuka

“Ya Allah, bantulah aku untuk istiqomah melakukan kebaikan yang aku lakukan di bulan Ramadan ini untuk bulan-bulan selepas Ramadan.”

Doa ini penting untuk  kita sebagai umat Islam kekal istiqamah dalam ibadah yang dilakukan. Tidak dapat dinafikan, untuk kekal konsisten dalam sesuatu perbuatan itu adalah tidak mudah. Oleh itu, kita memerluan bantuan daripadaNya untuk kekal istiqamah ketika mengerjakan ibadah.

DOA SEBELUM BERBUKA #5: MEMOHON KETAQWAAN DALAM DIRI

“Ya Allah, jadikan aku hamba-Mu yang bertaqwa & soleh. Ya Allah tempatkan aku dalam kalangan hamba-Mu yang Engkau cintai.”

Umat Islam yang ingin mendapatkan keberkataan Allah SWT perlu sentiasa memohon ketaqwaan dalam dirinya supaya doanya didengari. Malah, menjadi impian setiap umat Islam untuk menjadi manusia yang dicintaiNya.

DOA SEBELUM BERBUKA #6: MEMOHON REZEKI YANG HALAL DI DUNIA

“Ya Allah, kurniakan kepadaku rezeki yang halal & rahmatilah aku dengan kebaikan di manapun aku berada.”

Kita perlu memohon mendapatkan rezeki yang halal di dunia ini kerana ramai melakukan sesuatu pekerjaan tanpa menyedari yang mereka tidak mendapat berkat dalam apa yang dilakukan.

DOA SEBELUM BERBUKA #7: MEMOHON KESIHATAN TUBUH BADAN YANG BAIK

“Ya Allah, kurniakan kesihatan yang terbaik untukku & jauhkan aku dari semua penyakit.”

Pohon juga kesihatan tubuh badan yang baik supaya anda dapat melakukan ibadah tanpa sebarang gangguan. Kesihatan tubuh badan yang baik bukan penting untuk mengerjakan amalan akhirat sahaja, tetapi juga perlu untuk anda menunaikan tanggungjawab di duniawi.

DOA SEBELUM BERBUKA #8: MEMOHON KEAMPUNAN DOSA DIRI, KELUARGA DAN ORANG SEKELILING

doa sebelum berbuka

“Ya Allah, ampunkanlah dosaku, keluargaku & orang yang aku sayangi and payungilah mereka dengan perlindungan dan rahmat-Mu.”

Disebabkan kita yang kerap melakukan dosa malah tanpa sedari, maka keraplah memohon keampunan dosa diri, keluarga dan juga untuk orang sekeliling supaya dijauhkan daripada perbuatan yang sama.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Twitter Aisyah Shahid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×