Salah satu aspek yang paling penting di dalam rumah ialah karpet. Seri rumah akan naik apabila mempunyai karpet yang cantik dan bersesuaian dengan bentuk serta warna rumah. Walaupun hanya terletak pada bahagian paling bawah, akan tetapi ia tidak boleh diambil mudah kerana boleh mendatangkan bahaya kalau karpet itu terlipat pada bahagian buci.
Satu perkongsian yang telah dimuat naik oleh pengguna tiktok yang dikenali sebagai @julespitch mengenai cara untuk luruskan balik karpet yang terlipat.
Baca juga: Elak Tengok Video Tak Elok, Ini cara Setting Youtube Untuk Kanak-Kanak
CARA UNTUK LURUSKAN KARPET
Ambil kain basah atau lembab. Letakkan ke atas karpet yang terlipat tadi.
Kemudian, ambil iron baju dan on kan macam biasa. Tak kisah iron jenis apa sekali pun janji panas.
Lalu gosokan ke atas karpet yang telah diletakkan kain yang basah tadi. Gosok macam biasa sahaja. Macam iron baju. Lama-lama bahagian kepak akan terus lurus balik.
Kenapa tak boleh terus iron ke atas karpet tanpa perlu alas? Ini kerana akan menyebabkan kesan pada permukaan iron tersebut.
Dah siap! Karpet dah lurus.
VIDEO PENUH
Sumber: Tiktok julespitch