Famili

Elak Tengok Video Tak Elok, Ini cara Setting Youtube Untuk Kanak-Kanak

50
SHARES

Teknologi pada masa kini, pelbagai perkara boleh dipelajari dengan hanya menggunakan telefon bimbit. Hal ini yang menjadi kerisauan buat para ibu bapa untuk memastikan anak-anak menggunakannya dengan tujuan yang betul.

Telefon bimbit kini, tidak dapat dinafikan anak-anak juga mempunyai telefon bimbit yang tersendiri. Haaa, ada cara tau nak pastikan anak-anak tidak menonton perkara yang tidak sepatutnya.

Baca juga: 4 Fakta Penting Yang Ibu Bapa Kena Tahu Untuk Bantu Anak Jaga Gigi Susu

CARA SETTING TELEFON BIMBIT ANAK-ANAK

Penting ini! Jangan biarkan anak guna Youtube Kids sebelum “block” konten yang tak bagus. Youtube ada ciri-ciri personalise yang akan suggest video-video baru ikut pada interest video yang anak dah pernah tonton.

Langkah pertama, tekan butang edit setting.

Langkah kedua, akan keluar tiga pilih di screen telefon bimbit. Pilih approve content yourself.

Langkah ketiga, laman comfirmation, tekan select.

Langkah keempat, bersedia untuk pilih konten anak-anak. Tekan start.

Langkah kelima, senaraikan channel yang hendak diberi tonton oleh anak-anak. Lalu taip nama channel tersebut dan klik icon ‘+’.

Langkah keenam, klik tulisan preview dan semak senarai konten yang anda dah pilih untuk anak-anak.

Langkah ketujuh, paparan akan jadi begini, pilihan dan ruang search akan hilang. Jadi anak-anak akan tonton channel yang telah dipilih oleh ibu bapa sahaja.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Mohd Fhais Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×