Deko & Hias

Serabut Fikir Langsir Raya? MK Curtain Ada Jalan Penyelesaiannya

6.7K
SHARES

Serabut kepala memikirkan hiasan rumah, kuih raya, baju raya ahli keluarga dan giliran balik kampung siapa tahun ini, akhirnya lupa langsir di rumah sudah tidak ditukar bertahun lamanya.

Jangan pening kepala kerana MK Curtain yang mempunyai 19 cawangan di seluruh Malaysia menawarkan pelbagai produk kelengkapan rumah antaranya langsir, tirai, cadar, filem tetingkap, kertas dinding, karpet dan banyak lagi.

Nak tau apa yang mereka tawarkan? Tonton video ini

Sedia pelbagai servis

Jika anda bimbang mengenai caj dan harga langsir semasa, MK Curtain menyediakan sebut harga percuma dan sesi rundingan mengikut bajet supaya anda berpuas hati dengan nilai yang dibayar.

Bukan itu saja, perunding turut akan memberi nasihat profesional mengenai padanan warna tekstil dengan tema mengikut kesesuaian kediaman anda. Semua itu penting bagi memastikan keharmonian penghuni di dalam rumah.

Selain itu, tidak semua orang mahir mengukur keluasan kediaman, justeru MK Curtain turut menyediakan servis pengukuran di lokasi percuma. Mereka akan memberikan ukuran tepat memandangkan pelbagai bentuk rumah yang ada masa kini.

Proses pemasangan juga disediakan oleh tenaga kerja mahir supaya kerja memasang berjalan lancar dan anda boleh meraikan Aidilfitri dengan mood yang ceria.

Promosi Ramadhan

Untuk lagi memudahkan anda, sebaiknya tempah langsir untuk Hari Raya sebelum terlambat di semua cawangan bermula 18 Mei hingga 26 Jun bagi mengelakkan jumlah tempahan yang banyak.

Alang-alang anda mengunjungi cawangan mereka, lihat pada item promosi ready made pada harga terendah yang ditawarkan antaranya langsir, kusyen, kertas dinding, beg dan sebagainya.

Antara yang paling laris

M REGINA

Istimewanya langsir M REGINA, ia dibuat mengikut kehendak anda. Tidak hairanlah ia paling laris kerana dengan harga bermula RM4 untuk setiap kaki persegi, rekaan ringkas dan bergaya mampu mengharmonikan suasana dan memberikan gaya Raya yang sempurna.

Material kain yang digunakan pula sangat berkualiti tinggi dan lebih tebal berbanding biasa supaya dapat mengekalkan udara sejuk dan menghalang cahaya matahari dari masuk ke dalam rumah.

Langsir Victoria ‘ready made’

Langsir Victoria dengan gaya ringkas namun tampak mewah menyerikan tingkap anda ketika Hari Raya. Dengan harga serendah RM109 untuk 1 set, ia mampu mewujudkan suasana mewah dan riang biarpun dalam cuaca panas.

Upah jahit yang berpatutan

Usah bimbang dengan jahitan langsir anda nanti kerana mereka yang diupah dengan harga serendah RM1 untuk setiap kaki persegi menjanjikan jahitan sempurna dengan kepakaran profesional.

Jadi, apa anda tunggu lagi? Segera kunjungi cawangan MK Curtain di sekitar anda dan tempah langsir mengikut cita rasa anda sebelum terlambat. Untuk sebarang pertanyaan, hubungi MK Careline di 018-2295000 atau layari Facebook dan laman web MK Curtain.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×