Percutian

Ibu Kongsi Pengalaman Bawa Anak Ke Langkawi & Tips Melancong Dalam ‘Travel Bubble’

4.7K
SHARES

Dengan pembukaan Pulau Langkawi di bawah gelembung pelancongan (travel bubble), ada yang teruja tetapi ada juga yang masih takut-takut nak bercuti dalam musim wabak.

Namun, secara tidak langsung sektor pelancongan ini membantu meningkatkan kembali ekonomi yang telah lama terjejas di sana.

Bagaimana agaknya keadaan di Langkawi setelah sekian lama ditutup? Adakah benar ia ‘diserbu’ pengunjung dari serata negara?

Jom ikuti pengalaman Fatimah Naamat yang menceritakan pengalaman beliau ke Langkawi pada 22 September yang lalu.

PERKONGSIAN PENGALAMAN KE LANGKAWI DI BAWAH GELEMBUNG PELANCONGAN

Ada pepatah mengatakan,
Takut bila orang lain tamak.
Tamak bila orang lain takut.

Jadi kami memilih untuk menyokong Gelembung Pelancongan Langkawi oleh kerajaan.
Dengan memilih tempat yang bukan tumpuan ramai, serta adjust konsep travel kali ini agar lebih privacy.

Ini pengalaman kami di Langkawi.

TIPS PERSIAPAN KE LANGKAWI / SOP TRAVEL BUBBLE

1. Untuk ke Langkawi, samada guna jalan udara atau jalan darat.
Jalan udara – beli tiket flight
Jalan darat – guna khidmat ejen pelancongan (berdaftar dengan motac)
Kami pergi naik flight. Kami pilih MAS sebab harga tiket lebih kompetitif berbanding yang lain.

2. Untuk mohon rentas negeri, kemukakan tiket flight atau resit sah khidmat ejen pelancongan berserta salinan IC mereka yang terlibat.

3. Perlu ada di airport 4 jam sebelum waktu boarding. Sebab ada ujian saringan covid dan periksa status boleh melancong.

4. Untuk ujian saringan covid, boleh guna PCR (buat sendiri di makmal swasta) atau buat ujian air liur Antigen RTK.
Boleh bawa sendiri kit test Antigen RTK dari rumah dan test di airport. Boleh beli di kaunter kalau tiada Antigen RTK.

Budak usia 6 tahun ke bawah tidak perlu melakukan ujian tersebut.

5. Kawasan Test Antigen RTK di tingkat 5, untuk Departure. Masa diperlukan 20-30 minit mengikut crowd. Ada petugas KKM yang akan pantau ujian tersebut.

Bila petugas KKM mengesahkan negative dari Covid, baru lah boleh scan QR Code untuk pengesahan dah lulus saringan covid.

6. Masa check in bag, staff MAS akan check lagi ujian saringan covid, pengesahan booking hotel/chalet serta samada kita berasal dari low risk atau high risk mengikut app MySejahtera.

Hana sudah di add sebagai dependent dalam app MySejahtera. Mudah untuk semua pihak check status Hana.
Oh ya, rasanya macam kami je yang check in beg hiking dalam flight kali ni. Haha. Semua pakai luggage.

Kami pun under dresscode. Pakai baju hiking je. Tak fancy fancy cam nak melancong.

MAS benarkan untuk tidak beli luggage kalau mahu jimat. Style AirAsia. Hanya bawa 7kg hand luggage sahaja.

7. Masuk ke gate pelepasan, satu lagi spot check dijalankan agar lepas semua syarat yang dibenarkan.

8. Fuhhh barulah kami semua lega dapat fly ke Langkawi. Mahu tak gigil kalau tersangkut.

9. Sampai ke Langkawi, penumpang diberi arahan untuk turun mengikut barisan seat agar ada penjarakan fizikal.

10. Urusan di Airport Langkawi sangat mudah sebab yang sukar semuanya di KLIA.

11. Kami memilih untuk sewa kereta. Boleh juga sewa motor untuk lebih adventure.

Niat asal kami nak sewa motor. Cuma fikirkan Hana dan 2 beg hiking besar. Plus harga sewa pun berbaloi, kami pilih kereta.

Masa PKP rupanya ramai dah lelong kereta sewa mereka. Dan untuk Gelembung Pelancongan kali ni, ramai pemilik bisnes kereta sewa beli Axia baru.

Kami sendiri dapat Axia baru. Kami lah customer pertama yang merasmikan Axia tersebut. Plastik di seat pun belum buka.

Boleh juga ambil kereta sewa di luar airport sekiranya belum buat apa-apa tempahan sebelum itu. Sebab boleh bargain lagi ketika ini.

12. Kami memilih kawasan kurang pelancongan. Jadi memang avoid pekan Kuah dan Padang Mat Sirat. Memang cari pantai dan aktiviti di kawasan utara. (Boleh rujuk senarai pantai & air terjun yang dikunjungi di bawah)

13. Kawasan kami pergi, kedai makan belum dibuka sepenuhnya. Banyak chalet pun masih tutup.

Boleh nampak kesan PKP ke atas Langkawi bila memandu di sekitar situ.

14. Kereta di jalan raya sangat kurang. Bermaksud pelancong tidak membanjiri jalan raya dengan beria-ria.
Kami nampak kereta penuh di resort mahal dan besar. Di mana ada private cafe, private swimming pool dan private beach.

LANGKAWI travel bubble

Mungkin ramai memilih mengurangkan risiko dengan tidak berjalan-jalan.
Pengamatan kami mungkin berbeza di hujung minggu, sebab kami pergi di hari Rabu.

15. Ketika di pantai Pasir Tengkorak, kami berkenalan dengan keluarga yang punyai kedai di Pekan Kuah.
Kami pun tanya depa, ramai kah orang bila Langkawi di buka? Depa cakap ada lah sikit orang tu tapi tidaklah sampai manusia berpusu-pusu padat.

Pekan Kuah masih sunyi lagi. Depa ingatkan Pantai Cenang yang ramai orang.
Kami dah lalu pantai Cenang sebab nak makan Laksa Ikan Sekoq pun rasa pantai Cenang masih lagi lengang. Hehe.

16. Mereka siap promote lagi datang ke kedai baju sebelah Bank Rakyat kalau nak beli kain batik atau baju-baju sovenir.

Atau ke expo sebelah kedai ECO. Insya-Allah nanti kami jejak kaki ke sana.

17. Mungkin pada minggu gaji, pengunjung akan lebih ramai. Mungkin.

LANGKAWI travel bubble

TEMPAT YANG DIKUNJUNGI DI LANGKAWI (SEMUANYA FREE!)

” Camana hang pa semua boleh datang sini? Sini ramai orang lokal ja datang. ”
Tegur seorang abang pada kami. Agak dia dengar slang kami bukan orang tempatan.

” Kami google dan cari di Facebook cik. Almaklum memang suka pi tempat local. Tak suka tempat ramai pengunjung luar. ”

Memang tema kami begitu sejak dulu. Cari tempat lepak penduduk asal. Tidak mahu ikut trend pergi tempat viral.
Lelagi si Dee memang suka borak dengan local. Kalau boleh sembang sampai masuk rumah, pun dia sudi.

Kalau nak pi memukat ajak dia pun si Dee suka hati je ikut.

Antara tempat Tim pergi di Pulau Langkawi adalah :

1. Air Terjun Temurun

Ni best sebab parking kereta. Jalan sat 5 minit dah sampai.
Amazing nya air dia jernih sungguh. Boleh nampak dengan jelas seketul seketul pasir di dasar sambil ikan berenang riang.

Ramai remaja datang ke sini untuk mandi manda. Siap ada port terjun tiruk. Cuma kena manjat batuan tajam dan lompat ke kawasan dalam.

Air terjun dia tinggi sungguh. Walau air yang turun tu sikit sebab musim panas, tapi kolam berenang dia ada kawasan dalam dan ada banyak kawasan cetek paras dada.

Ada toilet dan surau. Juga ada peniaga kecil jual air dan jajan.
Hati-hati dengan monyet ganas yang suka rampas plastik jajan.

Boleh camping di sini cuma orang local tak suggest sebab kawasan sunyi. Jenis hardcore boleh ja camping sini.

LANGKAWI travel bubble

LANGKAWI travel bubble

2. Pantai Pasir Tengkorak

Jarak dari sini ke Air Terjun Temurun hanya 5 minit ja dengan kereta. Dari Air Terjun, kami terus mandi pantai.
Alang-alang baju basah, kita sauk terus mandi air tawar dan masin sekaligus.

Pantai dia panjang, dan cetek air dia mendatar. Ombak pun tak kuat.
Sesuai lah untuk kami bertiga main kejar-kejar dalam air sambil main pasir.

Belah kanan pantai ada tempat hiking sikit untuk eksplore fossil dan batuan unik.
Ada toilet dan shower.

Tidak dibenarkan camping di pantai ini sebab akan dinaik taraf ke hak milikan swasta. Maka ada guard jaga malam-malam di sini.

LANGKAWI travel bubble

pengalaman ke langkawi

3. Tanjung Rhu

Kami lepak kat sini untuk breakfast makan pagi mihun telur sambil pasang hammock.
Serious pantai ni sangat cantik dan indah. Ada port lebih indah untuk camping dan bermalam kalau berjalan ke arah hujung lagi.

Pasir lebih halus dan putih. Siap ada akses untuk kereta kalau nak campsite dengan dengan parking.
Kami siap explore kawasan sini sehingga ke hujung Tanjung Rhu hingga jumpa substation TNB.

Ada juga campervan sedang cari port memancing ketika ini.
Tiada tandas di sini.

pengalaman ke langkawi

4. Air Terjun Gunung Machinchang

Air Terjun kat sini ada 4 jenis semuanya. Kami sempat pergi 3 sahaja.
Itupun rezeki kami dapat pi ke Blue Pool sebab follow satu keluarga sporting yang amat.

pengalaman ke langkawi

A. Blue Pool

Mula-mula kami hike ke Blue Pool dalam satu jam. 30 minit jalan bertangga, 30 minit denai hutan.
SubhanaAllah tak sangka kat dalam hutan ada kolam yang air dia biru langit.
Ramai remaja datang mandi sini. Namun bila kami datang, mereka beralah dan turun.

Best weh terjun tiruk kat sini wat lepas gian. Siap Hana dan Dee berenang tak ingat dunia.
Sebenarnya trail ke blue pool ni trail yang sama ke puncak Machinchang. Cuma lebih baik hire guide kalau tak pernah naik ke sini.

pengalaman ke langkawi

B. Telaga Tujuh

Turun dari Blue Pool kami singgah ke Telaga Tujuh. Air dia serius lebih jernih. Rupanya memang air di Langkawi jernih belaka.

Ada kawasan berbatu hampar boleh slide kat sini. Tapi malu ah nak tunjuk video kami-kami slide. Comel sangat aih. Haha.

Lepastu ada telaga jernih boleh masuk dan mandi.
Kawasan telaga tujuh ni serius besar. Boleh muat lebih 2 bas kot kapasiti sini.

Dari sini, ada jambatan gantung boleh tengok view cable car.
Rupanya ada trail hiking untuk ke puncak cable car. Jadi boleh hiking ke atas dan turun dengan cable car gitu.

LANGKAWI travel bubble

pengalaman ke langkawi travel bubble

C. Air Terjun

Air Terjun ni lokasi paling dekat dengan parking. Dalam 5 minit dah sampai.
Walau air terjun sini rendah je berbanding akak dan abang dia kat atas, view dia boleh tahan superb.

Serius air kat sini tak kurang jernihnya. Dan batuan tinggi yang meloloskan air putih turun ke bawah nyata ada gahnya di mata kami.

Lama gak kami mandi kat sini. Haha. Tak puas mandi haha.

D. Green Pool

Kami tak pergi ke sini cuma Tim tulis sebagai reference. Sebab nak ke sini lebih curam dan bahaya. Dan sebab group kami ramai kanak-kanak, bahaya la nak ke sana.

Takpa takpa, InsyaAllah next time kami repeat sekali dengan hiking sampai ke puncak.
Kawasan Machingchang ni boleh camping. Ada juga tandas dan surau.

Monyet di sini ganas belaka sampai hampir nak meragut secawan jagung di tangan Hana.
Nasib Tim ada sebelah Hana, dengan cepat Tim tepis cawan jatuh ke bawah sebelum monyet dapat capai tangan Hana.

Bersungguh monyet makan jagung yang bertaburan di atas jalan tar. Lapar barang kali.

Tempat di atas percuma je masuk. Alhamdulillah. Masih ada alam semulajadi yang terpelihara dan masih mampu milik di bumi Langkawi.

Kebanyakan tempat di Langkawi bersih sebab ada mereka yang bertugas untuk kutip sampah dan jaga kebersihan.
Malah pengunjung yang hadir termasuk local bawa sendiri sampah yang mereka bawa.

Begitu indah kesepakatan antara pihak berkuasa Langkawi dan rakyatnya.

Jadi, kalau rindukan travel, mari travel sambil berhemah dan cermat kurangkan risiko covid.
Dah tiba masanya kita belajar hidup bersama Covid. Moga kita semua dilindungi dari wabak ini. Insya-Allah.

*Sumber asal : Fatimah Naamat

Baca juga: 5 Barang Hotel Anda Boleh Ambil Sebelum Checkout Bilik!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×