Sihat

Gejala Long Covid: Komplikasi Pesakit Covid Yang Berterusan Selepas 3 Bulan

134
SHARES

Gejala & Tanda Long Covid Bagi Bekas Pesakit Covid

Penularan wabak Covid-19 membuatkan orang ramai makin mudah dijangkiti. Hanya yang pernah mengalami Covid sahaja yang tahu betapa perit rasanya ketika virus ini menjangkiti tubuh badan.

Mengikut pengalaman bekas pesakit Covid-19, sesetengah daripada mereka mendapati tahap kesihatan mereka tidak sebaik dahulu. Keadaan ini dinamakan sebagai ‘Sindrom Post Covid’.

Bagaimanakah kesan Sindrom Post Covid ini kepada seseorang dan apakah jenis rawatan yang diperlukan bagi menangani masalah ini?

Apakah Sindrom Post COVID / Long Covid?

Mari kita semak Sindrom Post Covid dengan lebih lanjut.

Berdasarkan perkongsian daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sindrom ini juga dikenali sebagai Long Covid di mana bekas pesakit Covid-19 tetap menunjukkan gejala-gejala selama 12 minggu atau lebih.

Gejala-gejala yang dialami bekas pesakit juga tidak dapat dijelaskan dengan sebarang diagnosis alternatif.

Sindrom Long Covid ini berpunca daripada komplikasi jangkitan Covid-19 yang memberi kesan kepada fungsi organ dalam tubuh badan seseorang.

Secara umumnya, data klinikal menunjukkan majoriti pesakit Covid-19 di Malaysia mampu sembuh sepenuhnya.

Namun, kajian yang dijalankan oleh KKM mendapati 66% daripada pesakit dari kategori 4 dan 5 menunjukkan Sindrom Post Covid.

Menurut Dr Safiya Amaran, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Pensyarah Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin, Sindrom Post Covid ini juga boleh berlanjutan sehingga berbulan-bulan lamanya.

Apa yang menakutkan ialah sindrom ini boleh dialami oleh semua bekas pesakit Covid tanpa mengira usia, termasuklah bagi kanak-kanak dan golongan belia.

Komplikasi & Tanda Long Covid

Terdapat 5 simptom yang sering ditunjukkan bekas pesakit iaitu kemurungan, kelesuan, sukar untuk bernafas dan sukar tidur pada waktu malam.

Namun, skop dalam gejala yang ditunjukkan oleh pesakit yang mengalami Sindrom Post Covid agak meluas kerana virus ini boleh menjejaskan keberkesanan fungsi organ dalam badan.

Selain lima simptom yang dinyatakan, bekas pesakit juga boleh mengalami gelaja lain seperti berikut :

  • Sakit telinga & bunyi berdesing (tinnitus)
  • Sakit tekak
  • Hilang deria bau dan rasa
  • Sakit perut, loya, dan cirit-birit
  • Sakit sendi dan otot
  • Ruam pada kulit

Kredit Foto : Kementerian Kesihatan Malaysia 

Rawatan

Setakat ini, rawatan yang ditawarkan kepada bekas pesakit adalah berdasarkan simptom yang ditunjukkan (symptomatic relief).

Bekas pesakit juga akan dirujuk kepada pakar yang berkaitan bagi memastikan bekas pesakit mendapat rawatan yang optimum.

Kajian terperinci masih dijalankan bagi mendalami dan mengenalpasti kesan Sindrom Post Covid kepada bekas pesakit dan akan dimaklumkan kepada orang ramai dari semasa ke semasa.

Oleh itu, bekas pesakit yang sudah didiscaj dari hospital perlulah menepati temujanji rawatan susulan bagi mengenalpasti sebarang gejala Sindrom Post Covid pada peringkat awal.

Jangan pula mengambil mudah tentang perkara ini.

Rawatan susulan adalah satu-satunya cara menangani sebarang komplikasi kesihatan bekas pesakit Covid-19 dalam jangka masa panjang.

Gejala long covid

Dengan trend peningkatan kes yang ditunjukkan saban hari, jagalah diri dan ahli keluarga agar kekal selamat daripada jangkitan Covid-19. Jika sudah dijangkiti, ia boleh menjejaskan produktiviti dan kualiti hidup anda.

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

Bagi yang masih belum dapatkan vaksin, daftarlah segera bagi mengelakkan jangkitan Covid-19 di tahap yang lebih serius.

Menurut pakar perubatan, setakat ini tiada laporan  tentang gejalan berpanjangan bagi pesakit yang sudah menerima vaksin.

Gejala long covid

Sentiasalah beringat untuk mengamalkan penjarakan sosial di samping menggunakan pelitup muka sepanjang berada di luar bagi membendung penularan Covid-19.

Baca juga: Cara Padam Akaun Lama MySejahtera & Daftar Akaun Baharu

Sumber rujukan :

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×