Famili

9 Tips Beraya Rumah Mertua Buat Pertama Kali Untuk Menantu Perempuan

2.6K
SHARES

“First time aku nak beraya rumah mertua ni, cuak pulak apa aku nak kena buat nih?”

Siapa yang tidak gementar untuk pulang beraya di rumah mertua? Tambah pula untuk anda yang baru pertama kali akan beraya di rumah mertua. Untuk menantu-menantu perempuan, sebelum anda pulang beraya ini adalah 9 tips yang anda perlu ‘alert’ dan ambil tahu. Mana tahu boleh jadi menantu kesayangan keluarga suami pula selepas ini.

1. Jangan lupa buah tangan

Bila balik ke rumah mertua, jangan lupa untuk membeli buah tangan buat mereka. Antara buah tangan yang anda boleh bawa adalah tudung, pakaian atau makanan. Kalau beli untuk ibu sendiri tu, jangan lupa untuk beli kepada ibu mertua juga ya.

2. Hanya membantu di dapur

Pilih satu tempat di dapur, misalnya tugas memotong dan menyiang bahan masakan. Tidak kiralah sehandal mana pun anda memasak, elakkan memasak menu utama hari raya. Ingatlah, itu rumah mertua anda. Sudah puluhan tahun dia memasak untuk hari raya., lebih baik jika air tangannya tidak diganggu.

3. Sabar dalam apa jua situasi terutamanya panas

Terutamanya bagi yang bertudung, pulang ke kampung mungkin mencabar dengan cuaca panas, kipas usang, dan tidur di ruang tamu yang menyebabkan rambut berbau. Jangan terlampau merungut dan membiarkan keluarga mertua dengar rungutan anda. Bawa bersabar ya wahai wanita sekalian.

4. Ilmu fesyen kena ada

Lengkapkan diri anda dengan pengetahuan busana. Hal ini berguna apabila anda berbual dengan ipar duai dan anak saudara remaja. Waktu inilah untuk anda mengambil hati keluarga ipar untuk berbincang mengenai fesyen baju raya.

5. Cari tugas mudah

Pasti ada tugas mudah yang sentiasa diperlukan semasa hari raya. Misalnya membancuh air dan mengisi semula bekas kuih. Anda akan dilihat konsisten membantu sepanjang hari raya walaupun tugas mudah. Barulah ibu mertua sayang kerana menantu rajin dalam hal kerja.

6. Bangun awal

Bangun awal dan jengahlah dapur untuk bersama ibu mertua. Anda tidak perlu bergegas menyediakan sarapan. Cukup dengan menyediakan minuman panas dan panggil suami ke dapur untuk bersarapan. Ingat, anda bukan bujang lagi untuk bangun lewat pada pagi hari.

7. Menangkan ibu mertua

Anda dan ibu mertua mahu ke rumah berlainan pada hari raya? Apa yang anda perlu lakukan? Beralah sahaja. Hari raya mungkin satu-satu masa yang ibu mertua anda ada dengan anak lelakinya. Janganlah bermasam muka kerana ini akan menjadikan suami anda serba salah dan mewujudkan suasana keruh dengan mertua.

8. Elakkan merungut

Andai ada menantu lain yang malas atau bersikap buruk, tidak perlulah anda merungut. Biarlah biras lain mahu merungut namun anda tidak perlu berpihak kepada sesiapa. Yang penting anda jaga tepi kain sendiri sahaja.

9. Berbual dan beri perhatian

Jika anda lihat ibu mertua keseorangan mengerjakan sesuatu, temanlah dia. Kadangkala dia tidak perlukan pertolongan pun, hanya mahu teman berbual yang memberikan perhatian. Sekali-sekala, anda perlu juga untuk ambil hati beliau kan?

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×