40 Minggu

8 Manfaat Madu Untuk Wanita Hamil, Rupanya Boleh Mengelakkan Berat Badan Bertambah Juga!

75
SHARES

Sudah diketahui ramai bahawa madu merupakan salah satu superfood yang memang bagus untuk tubuh kita. Bukan sahaja boleh dijadikan penambah rasa dalam masakan, malah sebenarnya, madu adalah sangat bagus untuk wanita hamil. Nak tahu apa manfaatnya? Doktor ini dah senaraikan untuk anda!

Manfaat Madu Bagi Wanita Hamil

“Doktor, boleh tidak minum madu semasa hamil?”

Mengambil madu adalah amalan baik bagi wanita hamil. Ia membantu mengatasi masalah berkaitan dengan kehamilan, terutama bagi wanita yang tidak gemar menggunakan ubat sintetik bagi mengatasi masalah-masalah tersebut. Ramai yang tidak sedar bahawa madu adalah salah satu ubat natural yang lama digunakan berkurun lamanya dalam merawat beberapa penyakit ringan dan berat.

coxshoney.com

Di dalam madu terdapat komponen antiradangn dan antibakteria. Jika dikombinasi dengan bahan natural yang lain seperti halia, cengkih, kayu manis dan lemon, khasiatnya semakin baik.

1. Mengurangkan batuk

www.babycenter.in

Untuk mengurangi batuk akibat lendiran pada kerongkong, kita boleh mencampurkan satu sudu makan madu ke dalam satu cawan susu panas. Cara lain ialah dengan mencampurkan tumbukan bawang putih atau perahan lemon ke dalam madu. Simpan di dalam botol kaca selama seharian. Ambil satu sudu makan campuran ini untuk meredakan batuk.

2. Meredakan hidung tersumbat

www.babycentre.co.uk

Madu dapat mengurangi masalah hidung tersumbat, yang biasa berlaku di kalangan wanita yang hamil. Campurkan satu sudu makan madu dan perahan lemon atau limau sambal ke dalam air hangat. Banvuh sehingga sebati dan minum perlahan-lahan apabila air mula menjadi suam.

3. Mengurangkan rasa sakit tekak

www.shutterstock.com

Madu memiliki komponen antiradang yang dapat mengurangkan rasa sakit tengkok. Campurkan satu sudu makan madu dan perahan lemon atau limau nipis dalam air hangat. Apabila menjadi suam, kumur-kumurkan campuran sehingga rasa di tekak. Kemudian ia boleh diminum.

4. Mengurangi rasa mual (morning sickness)

http://blog.healthy.co.nz/

Rasa mual biasa dialami oleh wanita yang hamil terutama di awal kehamilan akibat perubahan hormonal. Campuran madu dengan perahan lemon atau cuka (khall) epal akan mengurangi rasa mual.

5. Mengatasi rasa pedih perut (gastritis)

http://www.parents.com/

Ketika hamil pencernaan makanan agak perlahan akibat perubahan hormonal dan pembesaran saiz rahem yang menekan usus dan perut membuatkan wanita yang hamil mudah mengalami masalah penghadaman. Ramai juga yang mengalami rasa pedih perut di akhir kehamilan. Satu sudu makan madu dengan segelas susu panas dapat mengurangi tidak selesa ini.

6. Menjaga kesihatan am ibu dan anak dalam rahim

windowtothewomb.co.uk

Antioksidan yang kaya dalam madu akan meningkatkan kesehatan tubuh wanita yang hamil dan ia membantuk perkembangan janin.

7. Mencegah pertambahan berat badan yang berlebihan

http://shentherapies.com.au/

Madu adalah produk yang dihasilkan oleh lebah secara natural. Ia boleh dijadikan sebagai pemanis pengganti gula putih. Secara tidak langsung mengurangkan pertambahan berat badan yang diakibatkan oleh pengambilan karbohidrat ringkas yang banyak.

8. Mencegah alahan akibat kehamilan.

http://shentherapies.com.au/

Madu juga membantu mengurangkan reaksi alahan ketika hamil (terutamanya pada kulit seperti ruam, gatal dan kekeringan) kerana madu mempunyai komponen antiradang.

Banyak lagi manfaat madu yang dapat diperolehi jika diamalkan setiap hari. Madu yang selamat digunakan oleh wanita hamil adalah madu yang telah melalui proses pasteurisasi (pasteurized honey). Ini merupakan proses pemanasan singkat hingga 72 darjah celcius untuk membunuh bakteri- bakteri boleh menyebabkan penyakit.Bagi mereka yang gemarkan madu yang tidak dipanaskan begini, carilah madu yang dipercayai mutu dan kebersihannya. Banyak jenis madu yang dituai secara berhati-hati bagi mengawal mutu dan kebersihan agar dapat diambil secara mentah.

giphy.com

Boleh juga rujuk : Khasiat Madu Yang Wanita Tidak Tahu Dan Perlu Amalkan

Sumber: Dr. Zubaidi Hj Ahmad 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×