Sebagai pemilik kucing, semestinya kita mahu si bulus sentiasa happy dengan kita kan? Tahukah anda yang kucing juga dapat membantu stres dan meningkatkan love hormon dalam badan kita.
Dahlah comel, dapat mendatangkan kebaikkan juga kepada kita. Mungkin sebab ini kita mesti nak bahagiakan kucing kita juga. Oleh yang demikian, macam mana pula nak tahu yang kucing kita bahagia dengan kita? Jawapannya ada dikongsi oleh @neat.caroline di halaman TikToknya.
Baca juga: Cara DIY Cat Litter Supaya Mudah Buang Najis Si Bulus, Baru Tak Bau Busuk
7 TANDA YANG KUCING KITA HAPPY
Meskipun kucing tidak dapat berkata-kata untuk menzahirkan rasa terima kasih, tetapi ia sering menunjukkan rasa kasih sayang terhadap tuannya menerusi beberapa cara. Ini termasuklah:
1. Membuat gerakan seperti mengguli doh
Saat kucing membuat gerakan seperti mengguli doh atau mengurut di atas selimut, bantal, atau tubuh tuannya, ini terlihat sangat comel. Tapi sekaligus menjadi tanda yang hatinya sedang sangat happy.
2. Kucing senang bersentuhan atau bergesekan
Kucing yang hidup bersama dengan tuannya memiliki ikatan sosial yang sangat kuat. Kucing ini akan menggesekkan atau menyentuhkan badan ke pemiliknya semasa mereka merasa happy!
3. Kucing menunjukkan perutnya
Kucing yang gembira dan bahagia tidak malu menunjukkan sifat sebenarnya seperti menunjukkan perutny. Maksudnya, kucing anda percaya pada anda kerana bahagian perutnya amatlah sensitif.
4. Tidur dengan lidah terkeluar
Maksudnya kucing anda dah selesa dengan anda!
5. Kucing selalu membersihkan dirinya
Kucing sangat teliti dalam kebersihannya, walaupun tanpa bantuan manusia. Apabila bulu kucing terawat baik, maka itu petanda yang sangat baik. Kucing menjaga kesihatannya. Saat bulunya bersih, jadi kucing akan merasa sihat dan memiliki perasaan positif.
6. Ekor kucing anda berbentuk tanda tanya
Kucing yang bahagia dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi akan membentuk ekornya dalam bentuk tanda tanya. Ini menandakan kucing dalam suasana hati yang senang dan biasanya siap untuk berinteraksi.
7. Kucing menggunakan litter box
Jika najis keluar dari litter box, itu boleh menjadi tanda masalah kesihatan atau ketidakbahagiaan. Jika masalah terus berlanjut, segera berjumpa dengan doktor haiwan.
Semoga membantu anda lebih mengenali si bulus anda!
Video penuh:
@neat.caroline How to tell if your cat is happy! 😻 #cattips #cathacks #catsoftiktok #catlover #fyp #learnontiktok #hometips #cattok
Sumber: TikTok @neat.caroline