DIY & Kraf

Cara DIY Cat Litter Supaya Mudah Buang Najis Si Bulus, Baru Tak Bau Busuk

49
SHARES
cat litter

Apabila kita mempunyai kucing di rumah, salah satu perkara pertama yang harus kita ajarkan kepada mereka adalah untuk buang air besar dan kecil di dalam cat litter.

Si bulus ini sangat memerlukan tandas mereka, dan jika tidak bersih, kemungkinan besar mereka akan memutuskan untuk melakukan pembuangan mereka di tempat lain selain dari cat litter mereka. Jadi untuk memudahkan anda dalam proses pembuangan tahi mereka, ada seorang pengguna TikTok @kochengmy telah berkongsi tips bagaimana cara mudah untuk membuang tahi si bulus anda.

Baca juga: Cara DIY ‘Water Dispenser’ Untuk Si Bulus, Mudah & Lebih Jimat

CARA MUDAH UNTUK BUANG TAHI SI BULUS ANDA DENGAN MENGGUNAKAN DIY INI

Menjaga kucing memerlukan komitmen yang tinggi kerana kita perlulah bertanggungjawab ke atas makan, minum, tempat duduk dan kebersihan mereka. Jadi cara ini boleh menjimatkan masa anda dalam membuang tahi kucing.

Di dalam kehidupan kita ini, semestinya kita kena work smart dan bukannya work hard. Oleh yang demikian, mari lah kita tengok macam manakah nak DIY kan cat litter ini! Kos harganya pun murah, hanya RM10 sahaja!

Bahan-bahannya:

– 3 bakul raga
– Plastik sampah
– Pasir kucing

Cara-caranya:

1. Guna plastik sampah besar untuk letak pada raga di bawah.

2. Tindan raga ikut berapa raga yang anda sediakan. Kalau nak kerja mudah, banyakkan raga.

3. Kemudian, masukkan pasir pada raga. Selepas itu sudah siap!

4. Selepas tapis beberapa kali, cara yang akhir sekali adalah dengan angkat plastik sampah tadi dan ulang step 1-3 tadi.

Sangat mudah bukan? Boleh cuba nanti untuk si bulus anda dan kerja pun jadi mudah!

Video penuh:

@kochengmy

Ok disebabkan byk kata leceh pakai selotape ni dia Cat litter kedai RM2 V2. Nie paling jimat la takpayah dh pakai selotape. Kos dlm Rm 10. Pakai bag plastik sampah jer. Dpt idea dr komen2 korg jugak hehe. Moga bermanfaat utk semua. #catoftiktok #catworld #kucinglucu #cat #kucingbertuah #kucing #cattok #kucingmalas #catlovers #catlitter

♬ Maafkan Aku – Cover The Orion – Indah Yastami

Sumber: TikTok @kochengmy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×