Sebagai pemilik kucing peliharaan,tuannya perlulah memastikan nutrisi dan vitamin yang diperlukan kucing dapat terpenuhi dengan baik. Selain makanan berkhasiat untuk mereka, memenuhi keperluan air bersih bagi kucing menjadi hal yang sangat penting untuk menghindari kucing dari dehidrasi.
Oleh itu, bagaimana jika kucing kesayangan mengalami kekurangan minum atau tidak mau minum air? Seorang pengguna TikTok @ziradinkangen telah berkongsi video bagaimana cara untuk kucing minum air.
Baca juga: Semakin Jelita & Bijak Kewangan Gadis Zaman Kini, Semakin Cerah Masa Depan- Pakar
CARA DIY WATER DISPENSER UNTUK SI BULUS, MUDAH & LEBIH JIMAT
Sebagai pencinta kucing, sudah pastinya anda terbiasa dengan kucing yang tidak mahu sentuh air yang tidak bersih ataupun air yang sudah lama. Kucing pun pandai memilih tau!
Jadi cara untuk pastikan kucing minum air adalah dengan menyediakan air yang bersih. Akan tetapi, remehlah pula kerana perlu sentiasa tambah air atau mengisi air pada setiap masa bukan? Jadi mari kita ikuti tips yang dijumpai di TikTok ini!
Bahan-bahan yang diperlukan:
– Bekas air untuk kucing
– Double tape
– Botol plastik
Cara-caranya:
1. Letakkan tempat bekas air kucing yang bersesuaian dan dekat pada dinding.
2. Selepas itu, masukkan air bersih ke dalam botol.
3. Dalam bekas air tadi, pastikan masukkan air secukupnya di mana air tidak akan tertumpah.
4. Seterusnya, letakkan double tape pada dinding dan kemudian lekatkan botol yang berisi air tadi dan lekatkan pada dinding. Buka penutup botol.
5. Kemudian, sudah siap!
Kepada pencinta kucing, anda boleh guna tips ini dan cuba pada si comel anda!
Video penuh:
@ziradinkangen Part 2 kucing auto senang minum #kucing #tiktokmalaysia #ziradinkangen #learntiktok
Sumber: TikTok @ziradinkangen