Perangai si kecil kadang kala memang sukar dijangka. Bila tiba masa dia buat perangai, ibu dan ayah pun boleh hilang sabar. Namun, ibu dan ayah hanya manusia biasa yang kadang kala terlepas juga kemarahan kerana geram dengan perangai si anak yang degil dan tidak mendengar cakap.
Kalau sesekali marah memang biasalah tetapi kalau marah dan diikuti dengan memukul anak yang baru berusia setahun, apalah yang dia faham sangat, kesian!
Memang niat kita pukul dan marah anak sebab mahu mendidik tapi kadang kala pendekatan tersebut hanya akan memberi kesan buruk kepada proses tumbesaran si anak.
Ibu bapa juga perlu mengubah cara didikan sejak zaman nenek moyang kerana ia sudah tidak relevan untuk zaman anak-anak sekarang. Belajar cara didikan yang sesuai untuk anak-anak zaman sekarang.
Bagaimanapun memukul anak masih perlu dilakukan tetapi ia boleh dilakukan sekiranya anak terlalu nakal atau tidak menghormati agama dan ibu bapa.
Di sini kami kongsikan 6 cara memukul anak yang betul. Ibu dan ayah boleh lah belajar cara pukul anak dengan cara yang elok.
1. Jangan pukul anak dari lutut ke atas

Foto Kredit : telegraph.co.uk
Elakkan menampar di bahagian muka atau memukul dibahagian kepala anak. Jika anda ingin memukul anak menggunakan rotan, sebaik-baiknya pukul di bahagian betis atau di tapak tangan.
2. Jangan gunakan tangan atau anggota badan yang lain untuk memukul anak

Foto Kredit : youngparents.com.sg
Jangan tampar atau tendang anak dimana-mana bahagian badan kerana ia hanya akan membuatkan anak bertambah nakal dan tak boleh dikawal.
Kanak-kanak yang sering dipukul hanya akan menjadi bertambah degil dan tidak mendengar kata.
3. Guna rotan dan hanya pukul anak di telapak kakinya

Foto kredit : wxfightclub.wordpress.com
Secara saintifik ia ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak anak.
4. Gantung rotan di dinding
Disarankan ibu bapa untuk menggantung rotan di dinding rumah atau di mana-mana yang anak boleh nampak supaya dia tidak berani membuat kesalahan kerana takut akan didenda.
5. Elakkan memukul anak semasa dalam keadaan emosi

Foto Kredit : thinkprogress.org
Sekiranya anda sedang terlalu marah, jauhkan diri seketika daripada anak kerana anda akan terikut-ikut dengan emosi dan akhirnya terus memukul anak.
Ketika sedang marah, tanpa sedar kita akan memukul anak dan mungkin memukul dengan lebih teruk . Lebih malang, ia mungkin mencederakan anak!
6. Jangan pukul anak dengan objek keras

Foto kredit : parents.com
Ia boleh meninggalkan bekas/parut. Kesan tersebut akan diingati oleh anak sampai bila-bila dan ia hanya akan menjadikan anak anda seorang pendendam apabila dia dewasa nanti.
Sebenarnya bukan mudah untuk mengelakkan diri kita daripada memukul anak jika mereka buat salah tetapi bukankah tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk mendidik dan menunjuk ajar mereka.
Elakkan membuat si anak mempunyai perasaan takut dengan ibu dan ayah mereka kerana sifat anda yang kuat marah dan suka memukul. Didiklah mereka hormatkan sifat tegas ibu bapa dengan penuh kasih sayang.
Amalkan sikap menegur anak dengan cara yang lebih lembut dan gunakan pendekatan yang lebih sesuai dengan perangai si anak.