Asuh

5 Perkara Ini Boleh Membantu Anak Anda Jadi Bertanggungjawab & Berjaya Di Masa Hadapan.

13.4K
SHARES

Ramai berpendapat bahawa cara pembelajaran dan pengajaran yang digunakan oleh ibu bapa kita dahulu sudah tidak lagi sesuai digunakan kepada kanak-kanak zaman sekarang. Selaras dengan perkembangan dunia, kanak-kanak perlukan lebih dari cerdik minda.

Selain nilai-nilai murni, sifat simpati dan empati juga perlu diterapkan dalam diri anak-anak supaya mereka boleh lebih berjaya di masa hadapan. Ini 5 perkara yang boleh dipupuk bagi membantu anak anda menjadi lebih bertanggungjawab dan membentuk emosi mereka bila dewasa.

1. Didik anak supaya lebih bertanggungjawab

Latih anak-anak jadi lebih ringan tulang dan libatkan mereka dalam aktiviti seharian seperti tolong cuci pinggan, bersihkan bilik dan berkebun. Berikan satu tugasan setiap minggu dan lihat progress mereka. Tukar aktiviti berbeza bagi minggu yang berikutnya. 

2. Berfikir secara logik & kritikal

Libatkan anak-anak dalam proses membuat keputusan. Berikan ruang dan masa untuk mereka memilih dan belajar untuk selesaikan masalah dari kecil.

Ibu bapa dinasihatkan untuk mendengar terlebih dahulu mengapa mereka memilih penyelesaian itu dan berikan sebab yang logik mengapa penyelesaian itu boleh diterima atau tidak boleh diterima.

3. Berikan pujian kepada anak anda 

Berikan pujian apabila mereka melakukan sesuatu yang baik. Namun, apabila mereka melakukan kesilapan, berikan pujian terlebih dahulu kemudian terangkan secara perlahan bagaimana perkara itu seharusnya dilakukan. Fahami anak anda dengan lebih mendalam, elakkan terus kata “Tidak” atau “Salah” kepada mereka. 

4. Dedahkan anak-anak kepada sains & matematik dengan lebih awal 

Ajar mereka lebih dari yang terkandung dalam buku. Ibu bapa juga boleh melakukan eksperimen Sains yang selamat di rumah. Ia boleh dianggap sebagai aktiviti keluarga sambil berlajar. Seronok tau buat eksperimen!

Latih anak untuk kenal pemakanan mereka dan jawab soalan-soalan seperti “Ke mana perginya makanan dalam perut?” dan “Mengapa perlu minum susu?”

Bukan sahaja aktiviti Sains, Matematik juga boleh diolah menjadi aktiviti keluarga. Anda anda pasti takkan rasa bosan dan lebih berminat untuk mengenali nombor apabila dewasa.

5. Kawal emosi sebagai ibu bapa!

Ibu bapa juga perlu kawal emosi supaya anak-anak tidak takut untuk bertanya. Anak-anak cenderung untuk mengikut perangai ibu bapa mereka.

Jadi, jika anda bijak mengawal emosi dan tidak mudah melenting, ia sekaligus boleh mengajar anak-anak untuk sentiasa bertenang dalam menghadapi apa jua dugaan dengan sabara serta kurang stress. 

INGINKAN LEBIH NUTRISI UNTUK SI MANJA? DUGRO KAN ADA! #Perkembangan360NextGen!

Dunia baharu kita bukan seperti dulu lagi. Membentuk minda, rohani dan jasmani anak sejak kecil sangat digalakkan bagi menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran di masa depan.

Tapi, anda tidak perlu risau lagi! Dugro® NextGen NUTRI dengan formulasi terbaharu* mengandungi bukan saja DHA Tertinggi** malah semua nutrien penting seperti tinggi Zat Besi, Vitamin C, Kalsium, Vitamin D, Vitamin A Dan Vitamin E. Dengan kasih sayang anda, marilah bersama-sama menyokong PERKEMBANGAN 360° Si Manja NextGen.

Buat ibu-ibu, anda boleh dapatkan sampel percuma dengan hanya klik di SINI. Bolehlah cuba dulu pada anak-anak dan lihat sendiri hasilnya!

Jom bersama-sama Dumex Dugro® NextGen NUTRI kita persiapkan anak-anak untuk masa hadapan! Maklumat lanjut boleh klik kat SINI!

 *Berbanding dengan formulasi Dumex Dugro®️ pada tahun 2011

 **Berdasarkan kandungan DHA/100g dalam kategori umur 1-6 tahun, dalam lingkungan harga yang sama (<RM35/kg), nielsen syer >9% sebagaimana pada januari 2020.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×