‘Kerja Di Rumah’ atau ‘Work From Home‘ mula dipraktikkan sejak negara berdepan pandemik Covid-19. Tambah-tambah lagi bagi ibu bapa yang berkerjaya. Bukan mudah untuk bekerja di rumah sambil menguruskan keluarga. Memang tabiklah!
Jangan tak tahu, sebenarnya terdapat pelbagai jenis orang apabila bekerja di rumah. Macam-macam perangai ada. Anda tergolong dalam jenis yang mana agaknya? Cuba lihat di bawah.
POWER NAPPER – rehat seketika
Sejenis yang amalkan rehat seketika antara kerja.
Bukanlah mereka curi tulang, tetapi biasanya mereka sangat efisien apabila bekerja di rumah. Apabila mulai rasa penat, mereka akan terus hidupkan mod power saving untuk rehat. Selepas rehat seketika, mereka akan sambung buat kerja.
*Petua: Jika anda mahu rehat seketika, peranti anda juga perlukan rehat. Jangan lupa matikan suis peranti anda dan letakkan komputer riba atau desktop anda dalam mod standby apabila tidak digunakan.
FOREVER ADA HAL – sentiasa mempunyai masalah
Sejenis yang kerjanya sering terganggu oleh perantinya.
Ada saja yang tidak kena. Sekejap ada masalah internet, sekejap lagi komputer hang atau terlalu panas, air-cond tak sejuk, macam-macam hal. Mereka ini biasanya terganggu semasa bekerja di rumah disebabkan masalah peranti atau peralatannya
yang sudah tidak berfungsi dengan cekap.
*Petua: Sama seperti peranti, anda mungkin perlu gantikan peralatan yang sudah lama dan tidak dapat berfungsi dengan peralatan yang lebih cekap atau lagi baik jika alat elektrik tersebut bertaraf 5 bintang, Ini bukan sahaja meningkatkan produktiviti harian, tetapi juga dapat mengurangkan penggunaan tenaga. Lebih jimat tenaga juga.
MISS/MR CAN DO-IT-ALL – bekerja dengan efisien
Sejenis yang mampu kerja dengan efisien walaupun di rumah.
Di pejabat, biasanya mereka dipanggil sebagai workaholic, pentingkan kerja daripada hal lain. Bekerja di rumah atau pejabat? Tiada beza kerana semuanya sudah sebati. Setiap hari baca e-mel dan sentiasa dengan Whatsapp group. Ia dipanggil sindrom kerja 24 jam. Kerja dari pagi hingga ke malam.
*Petua: Mari kita tetapkan masa untuk menutup peranti dan rehat seketika daripada melihat skrin untuk kesihatan mental dan pada masa yang sama dapat jimat tenaga. Sekali-sekala cuba permainan papan atau borak-borak dengan keluarga.
LAPAR PERSON – asyik mengunyah makanan
Sejenis yang suka mengunyah setiap kali buat kerja.
Banyak kali buka peti sejuk dalam satu hari. Mereka ini biasanya cepat bosan apabila bekerja di rumah. Stok makanan juga mereka sediakan siap-siap dan simpan di dalam peti sejuk dengan banyaknya. ‘Food delivery’ pula kawan rapat mereka.
*Petua: Kurangkan kekerapan membuka peti sejuk. Susun atur ruang dalam peti sejuk agar lebih senang mencapai snek kegemaran anda dan memastikan peti sejuk berfungsi dengan lebih efisien. Buang makanan yang dah rosak tu, barulah udara dapat mengalir dengan baik. Selain itu, jangan lupa sejukkan dulu makanan yang masih panas sebelum disimpan ke dalam peti sejuk ya untuk lebih jimat tenaga.
BABYSITTER – anak sentiasa berada di pangkuan
Sejenis yang tak pernah lekang dengan anak semasa buat kerja.
Sekurang-kurangnya ada seorang rakan pejabat seperti ini. Setiap kali perjumpaan secara maya, mereka pasti bersama anaknya, lebih-lebih lagi yang masih kecil. Mungkin juga anda pernah terdengar suara kanak-kanak sebagai bunyi latar.
*Petua: Jika terpaksa memangku anak, pastikan kecerahan komputer riba atau desktop berada di tahap rendah. Selain mengelakkan daripada sakit mata, ia juga dapat menjimatkan tenaga secara tidak langsung.
Anda jenis yang mana satu? Entah-entah, semua! Sambil buat kerja di rumah, jangan lupa jimat elektrik di rumah anda juga ya.
Apabila duduk rumah sepanjang hari, penggunaan elektrik semestinya lebih banyak daripada biasa. Oleh itu, anda sekeluarga kena praktikkan amalkan tip daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) supaya penggunaan tenaga lebih cekap dan efisien.
Dengan “Hidup Bijak, Kuasa Di Tangan Anda”, jadilah pengguna elektrik yang bijak. Jangan lupa amalkan tip-tip daripada TNB. Pastinya kehidupan anda sekeluarga akan lebih selesa.
Jom jimatkan tenaga di rumah mulai hari ini!
Untuk info lebih lanjut tentang tip kecekapan tenaga oleh TNB, anda boleh klik sini ya.