Sudah menjadi lumrah sebagai ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak tercinta. Bukan ibu sahaja yang memainkan peranan dalam menjaga anak malah sebagai ayah juga haruslah prihatin serta cakna tentang keadaan anak-anak. Sebagai ayah yang prihatin keperluan dunia dan akhirat haruslah digalas dan diajar dengan betul agar kehidupan anak-anak seimbang.
Perkongsian seorang ayah di Facebook menceritakan tentang tiga level prihatin yang ayah-ayah di luar sana perlu tahu agar dapat mewujudkan suasana harmoni dan bahagia dalam kekeluargaan.
Baca juga: Pakar Kongsi 5 Sebab Asap Rokok Boleh Bahayakan Otak Anak-Anak
3 LEVEL PRIHATIN AYAH KENA CAKNA TENTANG ANAK
Menjadi ayah yang prihatin bukan sekadar nampak makan, minum, pakaian, tempat tinggal dan sekolah anak-anak sahaja. Prihatin pada sesuatu yang boleh nampak di mata, dan sekadar memenuhi keperluan hidup. Karang tak makan jatuh sakit pula anak tu.
Ini prihatin juga, tapi prihatin level paling rendah! Ada 3 level prihatin yang semua ayah-ayah kena tahu:
Prihatin level rendah ( fizikal ) :
– pastikan anak cukup makan dan minum.
– pastikan anak berpakaian selesa.
– sediakan tempat tinggal yang selamat.
– ikut keperluan perkembangan anak.
Prihatin level sederhana ( emosi ) :
– beri anak sentiasa rasa selamat- buat anak rasa selesa dan bahagia
– lindungi anak dari tekanan emosi
– buat anak rasa dirinya berharga
– perkembangan emosi & mental dia sihat
Prihatin level tertinggi ( jiwa ) :
– ajar anak tentang tujuan hidup dia
– ajar anak tentang siapa diri dia yang sebenar
– ajar anak apa fungsi dia di muka bumi
– ajar anak fahami konsep syukur
– ajar anak kenal siapa Tuhan yang di sembah
Ayah yang prihatin akan cakna pada keperluan anak dari dunia sampai akhirat. Ayah yang prihatin akan cakna supaya anaknya tidak sesat sampai bila-bila. Ayah yang prihatin akan cakna dengan halatuju hidup dan mati anaknya. Ayah yang bijaksana akan meninggalkan anak yang soleh & solehah sebagai bekalan di hari pembalasan.
Sumber: Facebook Mohd Fhais Salim