Sebagai seorang individu yang bertanggungjawab, jika ada kanak-kanak disekeliling ketika merokok, jauhkan diri anda daripada mereka. Ini kerana kajian mendapati kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Di antara masalah kesihatan yang mungkin dialami adalah batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.
Bukan itu sahaja malah terdapat beberapa masalah lain yang akan kanak-kanak alami jika terhidu secara berlebihan seperti dibincangkan oleh pakar iaitu Siti ‘Aisyah. Jom baca.
Baca juga: Tangguh Aplikasi Instagram Kids, Bahaya Untuk Mental Kanak-Kanak Usia Bawah 13 Tahun
PAKAR KONGSI 5 SEBAB ASAP ROKOK BAHAYAKAN OTAK ANAK
Saya bukan nak cerita macam mana asap rokok boleh akibatkan anak lebih berisiko dapat penyakit macam:
- asthma
- bronchitis
- sakit jantung
- paru-paru lemah
- sudden infant death syndrome
- gangguan penyerapan nutrisi
Tapi, saya nak cerita macam mana asap rokok yang anak sedut melalui hidung dan mulut dia tu, boleh akibatkan anak kita dari sangat bijak, jadi terganggu kebijakan dia.
Kajian mengatakan bahawa, asap rokok yang disedut oleh anak kita sebagai 2nd hand smoker boleh menyebabkan:
1. COGNITIVE IMPAIRMENT
Kemampuan anak kita belajar boleh terganggu dan terbantut dengan pendedahan kepada neurotoksin dalam asap rokok. Kesian anak. Bila dia susah belajar, kita marah. Tapi, bila check-check. Rupanya hari-hari anak kita terdedah dengan asap rokok.
2. KESUKARAN MEMBACA
Asap rokok ada toksik yang akan buatkan otak anak kita terganggu. Kognitif adalah penting untuk kemahiran kompleks seperti membaca dan menulis. Bila asap rokok buat gangguan kognitif, maka kemampuan anak kita nak membaca, faham apa yang dia baca, proses maklumat yang dia baca pun terganggu.
3. IQ LEBIH RENDAH
Kalau mak dia merokok masa mengandung, lagi teruk tau. Kajian mengatakan, baby yang lahir dari perut mak yang merokok masa mengandung, ada IQ yang lebih rendah.
4. MASALAH TINGKAHLAKU
Kajian juga menunjukkan anak yang terdedah pada asap rokok ni, akan lebih cenderung untuk ada masalah tingkah laku.
Mereka lebih mudah marah, lebih mudah annoyed, lebih sukar nak ikut arahan.
5. HIPERAKTIF & FOKUS RENDAH
Kajian juga kata, anak yang terdedah kepada asap rokok akan lebih berisiko hiperaktif dan mempunyai fokus yang rendah. Hmm. Saya memang cukup pantang tengok orang puff puff asap rokok depan anak-anak ni.
Memang doa orang teraniaya dalam hati untuk anak-anak tu tau. “Eleehhhh. Anak aku pandai je kena asap rokok dari kecil! Masuk je universiti” Haaa… ye lah… Kalau tak kena asap rokok tu, agaknya lagi pandai kan?
Sumber: Siti ‘Aisyah Rozalli