Famili

Tangguh Aplikasi Instagram Kids, Bahaya Untuk Mental Kanak-Kanak Usia Bawah 13 Tahun

19
SHARES

Aplikasi Instagram merupakan antara aplikasi pilihan bagi mereka yang berusia 18 tahun keatas. Melalui aplikasi tersebut, mereka boleh melihat perkembangan terkini artis pilihan ataupun sanak saudara. Umum mengetahui, sebelum ini Facebook ada merancang mencipta Instagram versi kanak-kanak bagi kegunaan individu berusia 13 tahun ke bawah.

Baca juga: Bahaya Squid Game, Bukan Untuk Tontonan Anak-Anak!

TANGGUH APLIKASI INSTAGRAM KIDS, BAHAYA UNTUK MENTAL KANAK-KANAK

Walau bagaimanapun, rancangan untuk mencipta Instagram Kids terpaksa ditangguhkan selepas kritikan negatif meluas terhadap perancangan tersebut. Keputusan untuk juga dibuat selepas laporan Wall Street Journal menyedari ianya satu perkara yang bahaya untuk kesihatan mental remaja perempuan.

Menurut ketua Instagram, Adam Mosseri mengatakan bahawa perkara ini telah disalah faham kerana aplikasi Instagram Kids  akan dibangunkan khas kepada kanak-kanak dan akan diawasi oleh ibu bapa.

Mereka juga yakin bahawa ibu bapa perlu mempunyai pilihan untuk memberi anak-anak mereka akses kepada versi Instagram yang direka sesuai dengan usia mereka.

“Kami memulakan projek ini untuk mengatasi masalah penting yang dilihat di seluruh industri kami: anak-anak mendapat telefon pada usia lebih muda dan menyalahtafsirkan usia mereka dengan memuat turun aplikasi untuk mereka yang berumur 13 tahun ke atas,” katanya dalam satu kenyataan.

CIRI-CIRI APLIKASI INSTAGRAM KIDS

Tambahnya lagi, idea untuk mewujudkan aplikasi Instragram Kids bukanlah sesuatu yang teruk kerana YouTube dan TikTok juga mempunyai aplikasi untuk mereka yang berusia di bawah 13 tahun.

Bagi kanak-kanak yang ingin membuat akaun untuk aplikasi itu, mereka perlu izin ibu bapa terlebih dahulu dan sebarang iklan tidak akan ada serta mempunyai kandungan dan ciri yang sesuai dengan usia. Ibu bapa juga dapat mengawasi masa yang diluangkan oleh anak-anak mereka dan mengawasi siapa yang menghantar mesej kepada mereka, siapa yang dapat mengikuti mereka serta siapa yang dapat mereka ikuti.

Sumber: Malaymail & Instagram

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×