Deko & Hias

7 Tips Menghias Ruang Yang Sempit Agar Kelihatan Luas

1.1K
SHARES
cara menghias rumah sempit

“Rasanya bilik Liza tadi sama besar saja luasnya dengan bilik aku? Perabot dan barang-barang sama saja, tak ada tambah apa-apa, pun tak ada yang kurang. Tapi, bilik aku ni rasa sempit betul. Mungkin dia ada hiasan agaknya tadi. Aku pun nak cari jugalah hiasan. Tapi, hiasan apa yang sesuai ya?”

Syoknya kalau dapat ruang yang besar dan luas! Boleh letak apa sahaja yang diimpikan tanpa perlu risau ruang jadi sempit. Apatah lagi bergerak dengan bebas tanpa perlu risau terlanggar bucu katil atau kotak mahupun perabot yang tersusun di lantai.

7 Tips Menghias Rumah Sempit Agar Kelihatan Luas

Apa pun, tak bermakna mereka yang punya ruang kecil tidak boleh melakukan sesuatu untuk mengubah penampilan.

Dengan menggunakan 7 tips menghias rumah sempit ini, ruang sekecil mana pun boleh nampak luas.

1. Cat ruang dengan warna lembut dan ringan

Warna-warna terang dan ceria misalnya memang menambah seri kediaman namun ia boleh membuatkan satu-satu ruang kelihatan kecil.

Warna lembut dan ringan seperti putih, krim, kelabu pucat dan biru awan pula boleh membuatkan ruang yang kecil nampak luas.

cara hias rumah

Foto Kredit: uredjenje-doma.com

2. Guna perabot pelbagai fungsi

Elakkan meletak banyak perabot dalam ruang yang kecil kerana ia akan membuatkan ruang itu nampak padat, malah sukar untuk bergerak.

Beli perabot yang mempunyai pelbagai fungsi seperti kerusi ottoman yang mempunyai ruang penyimpanan.

cara menghias rumah sempit

Foto Kredit: homedit.com

3. Letak cermin

Salah satu tips menghias rumah sempit agar menampilkan ruang yang luas adalah dengan meletakkan cermin di dalamnya.

Dalam contoh ini, cermin telah diletakkan pada bahagian pintu wardrobe untuk menjimatkan ruang dan menjadikannya nampak lebih lapang. Bijak kan?

Foto Kredit: houzz.com

4. Guna perabot yang tidak mengambil banyak ruang

Sebaiknya beli perabot yang bersaiz kecil untuk ruang kecil. Perabot bersaiz besar biasanya akan memakan banyak ruang.

Dalam contoh di bawah, kita boleh lihat yang katil yang digunakan amat ringkas dan tidak mempunyai bahagian ‘kepala’. Ini bukan saja menjimatkan ruang, tetapi juga memberi kesan ruang yang lebih luas.

cara menghias rumah sempit

Foto Kredit: shreindesign.com

5. Atau, letak satu perabot besar sahaja

Jika anda masih mahu guna perabot bersaiz besar dalam ruang kecil, pastikan hanya perabot itu sahaja diletakkan dalam ruang itu.

Ini adalah satu lagi tips menghias rumah yang sempit agar tidak terlalu sarat dengan barang, lalu menjadikannya nampak kecil.

tips menghias rumah sempit

Foto Kredit: homedit.com

6. Pilih Langsir Sesuai & Posisikan Dengan Betul

Sebaiknya guna material yang ringan dan berwarna lembut jadi sinaran matahari yang menerangi ruang menghasilkan pandangan yang luas.

Sebaliknya jika memasang langsir tebal, suasana gelap menjadikan ruang yang kecil nampak lebih kecil.

Langsir juga lebih elok diposisikan pada kedudukan tinggi atau ‘full height’ untuk memberi ilusi ruang yang ‘tinggi’.

tips menghias rumah sempit

Foto Kredit: bgliving.com

7. Tambah rona gelap pada siling

Rona gelap jika digunakan pada siling akan memberi gambaran ruang yang lebih besar dengan siling yang tinggi.

Hanya dengan sedikit perubahan,

Ruang yang kecil pun boleh tampil menjadi ruang yang luas dan selesa tanpa berbelanja besar.

Cuba praktikkan tips menghias rumah sempit ini agar setiap ruang dalaman anda kelihatan besar dan lapang.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×