40 Minggu

5 Sebab Jangan ‘Skip’ Asid Folik Atau Tukar Suplemen Sebarangan Masa Mengandung

1.5K
SHARES

“Tak lalu betul nak telan pil asid folik yang doktor bagi ni tiap-tiap hari. Boleh ke kalau aku ambil vitamin lain? Makan makanan tinggi asid folik je tak cukup ke?”

Asid folik memang sinonim dengan ibu mengandung. Malah, wanita yang sedang merancang untuk hamil juga disarankan untuk mengambilnya sebagai langkah awal dan persediaan bagi kehamilan yang sihat.

Tapi ada sesetengah orang susah betul nak telan pil. Persoalannya, bolehkah kita menukarkan asid folik yang dipreskripsikan oleh doktor dengan vitamin lain atau sumber makanan yang mengandungi folat / asid folik?

5 Kepentingan Asid Folik Kepada Ibu Mengandung

Berikut adalah sebab utama mengapa setiap wanita disarankan agar mengambil pil asid folik yang telah dipreskripsikan ketika hamil.

1. Mengelakkan Kecacatan Tiub Saraf

Salah satu sebab utama pengambilan asid folik begitu ditekankan adalah untuk mengelakkan sebarang masalah kesihatan serius pada kandungan yang berpunca daripada kekurangannya.

Menurut WebMD, pengambilan asid folik 1 bulan sebelum kehamilan boleh mengurangkan risiko kecacatan tiub saraf (neural tube defects) seperti spina bifida dan anencephaly sehingga 70%. Ibu mengandung disarankan mengambil asid folik sejak awal kehamilan kerana anggota tubuh yang penting ini adalah yang pertama sekali terbentuk pada janin.

2. Mengurangkan Risiko Sumbing

Menurut Medical News Today, selain masalah kecacatan tiub saraf, pengambilan asid folik juga penting bagi mengurangkan risiko terhadap sumbing (cleft lip / cleft palate) pada bayi yang dilahirkan.

Foto Kredit: mayoclinic.org

3. Penting Untuk Perkembangan Bayi

Di samping itu, kajian juga menunjukkan ia dapat mengurangkan masalah kerosakan jantung serta kelahiran pramatang.

Asid folik turut mempunyai fungsi yang mustahak bagi menyokong keperluan sel-sel plasenta serta janin yang berkembang pesat.

Keguguran kandungan

Foto Kredit: Screengrab dari YouTube

4. Mencegah Anemia

Bukan saja penting untuk bayi, tetapi asid folik mempunyai peranan signifikan dalam memproduksikan sel darah merah, sekaligus mencegah masalah anemia semasa mengandung.

Sebagai tambahan, ia turut membantu proses pembahagian dan perkembangan sel, sintesis serta membaikpulih DNA & RNA.

http://www.whattoexpect.com/

5. Mengurangkan Komplikasi Sepanjang Kehamilan & Kelahiran

Akhir sekali, pengambilan asid folik secukupnya dapat membantu ibu-ibu mengurangkan risiko terhadap komplikasi kehamilan dan kelahiran seperti keguguran, kurang berat, dan pre-eclampsia.

makanan tinggi asid folik

Antara makanan tinggi asid folik termasuklah kekacang, bijirin serat tinggi, avokado, brokoli, dan sayuran berdaun hijau. / Foto Kredit: everynutrient.com

Bolehkah Pil Asid Folik Ditukar Dengan Suplemen Lain / Sumber Makanan?

Menurut BabyCenter, keperluan asid folik bagi ibu mengandung adalah kira-kira 400-600 microgram sehari. Bagi kes-kes tertentu seperti kelahiran kembar, obesiti, atau pernah melahirkan bayi dengan masalah kecacatan tiub saraf, dos yang dipreskripsikan adalah lebih tinggi bagi menampung keperluan tersebut.

Seeloknya, patuhi jadual dan dos yang ditetapkan oleh doktor. Tak salah nak menambah diet harian anda dengan makanan yang tinggi kandungan asid folik – contohnya kekacang, sayuran berdaun hijau, avokado, bijirin penuh, dan buah-buahan sitrus. Sungguhpun makanan ini merupakan sumber asid folik / folat yang baik, namun dikhuatiri nutrien tersebut boleh terhapus akibat proses penyimpanan mahupun masakan.

Yang penting, jangan sesekali ‘skip’ atau tukar suplemen sesuka hati kerana anda mungkin akan mengganggu kecukupan asid folik yang telah ditetapkan mengikut tahap kesihatan anda. Kalau nak ambil atau tukar suplemen lain, bertanyalah kepada doktor yang memeriksa anda untuk mengetahui kesesuaiannya.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×