40 Minggu

25 Gambar Pembentukan Bayi Dalam Kandungan Setelah 12 Tahun Dirakam. Menakjubkan!

5.7K
SHARES

Pernahkan anda terfikir bagaimana agaknya rupa perkembangan bayi berlaku dalam kandungan seorang ibu selama 40 minggu?

Peristiwa kejadian manusia dalam rahim ibu ini direkodkan dalam bentuk gambar oleh seorang ahli fotografi dari Sweden, Lennart Nilsson.

Beliau telah menghabiskan 12 tahun memerhati dan mengambil gambar fetus yang berkembang dalam rahim wanita.

Beliau menggunakan kamera konvensional yang dilengkapi dengan lensa mikro, sebuah mikroskop elektron, dan juga endoskop.

Beliau kemudian membesarkan gambar-gambar tersebut beratus dan beribu kali ganda sehingga menampakkan perincian yang menakjubkan.

gambar bayi dalam kandungan

Lennart Nilsson menghabiskan 12 tahun merekodkan gambar proses pembentukan bayi dalam kandungan sebelum ‘A Child Is Born’ diterbitkan pada tahun 1965. / Foto Kredit: lennartnilsson.com

‘A Child Is Born’, Sebuah Fenomena Dalam Bidang Fotografi & Perubatan

Foto pertama yang diterbitkan adalah pada tahun 1965 menerusi buku beliau, ‘A Child Is Born’. Buku ini mendapat sambutan ramai, terutamanya oleh bakal ibu dan juga peminat fotografi.

Selain itu, gambar-gambar ini membantu menerangkan proses perkembangan bayi secara saintifik yang berlaku dalam rahim ibu secara lebih mudah difahami.

Ia telah dikemaskini dan diulangcetak sebanyak beberapa kali atas permintaan ramai.

Dalam pada masa yang sama, ianya turut menggetarkan jiwa serta emosi kepada sesiapa saja yang melihatnya. (Tentulah, setiap daripada kita dahulunya pernah melalui proses ini, bukan?)

Siri foto beliau juga pernah diterbitkan dalam LIFE Magazine yang habis terjual sebanyak 8 juta naskhah seluruh dunia. Setara dengan kisah menjejakkan kaki ke bulan, pembunuhan John F Kennedy, artikel ini merupakan antara tajuk muka depan yang paling laris dan terkemuka yang pernah diterbitkan oleh majalah tersebut.

25 Gambar Pembentukan Bayi Dalam Kandungan

Mari lihat beberapa keping gambar daripada hasil kerja beliau yang mengagumkan.

Proses Persenyawaan

Semasa tempoh subur, hormon estrogen merangsang rahim untuk menyediakan lapisan tisu yang subur dan sarat dengan darah.

Peningkatan tahap hormon progesteron menyediakan rahim untuk memastikan kelangsungan hidup bagi telur yang disenyawakan.

Dalam tempoh masa singkat inilah badan kita akan membuat persediaan untuk kehamilan, iaitu apabila sperma berjaya bertemu telur.

perkembangan bayi

Spermatozoa dalam tiub Falopio. / Foto Kredit: lennartnilsson.com

 

Sel telur (ovum)

 

Berjuta-juta sperma cuba menembusi sel telur, tetapi hanya 1 saja yang akan berjaya.

 

1 daripada 200 juta sperma yang berjaya menembusi sel telur

 

Sperma dalam sel telur yang bakal melalui proses persenyawaan

 

Dalam Al-Quran, ada menyebutkan tentang penggabungan benih lelaki dan wanita, di mana bermulanya penciptaan manusia dalam rahim ibunya.

Seperti yang diterangkan dalam ayat ini:

A002

Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat. (Surah Al-Insan: Ayat 2)

Setelah disenyawakan, telur yang bergelar zigot ini dengan serta-merta akan menutup membran luarnya supaya dapat menyekat beratus juta sperma lagi daripada menembusi telur tersebut.

Embrio yang telah tersenyawa terapung untuk menempel di dinding rahim

 

Embrio yang telah menempel di dinding rahim

 

Embrio ini akan mula membahagi kepada sel-sel yang serupa sambil membuat perjalanan turun dari tiub falopio ke uterus, di mana ia akan terus berkembang.

Menariknya, terdapat juga dalam Al-Quran yang menerangkan bagaimana benih ini akan ditetapkan pada kedudukan yang kukuh, iaitu dalam rahim ibu.

A013

Kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh; (Surah Al-Mu’minun: Ayat 13)

A038

Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)? (Surah Al-Qiaamah: Ayat 38)

Jantung Mula Berdenyut

Selesai proses persenyawaan, jantung, otak, tulang belakang serta organ tubuh yang terus berkembang.

Dalam 2 bulan pertama, jantung dan sistem peredaran darah bayi anda berkembang dengan cepat.

Pada hari ke-18, jantung bayi sudah mula berdenyut.

 

Embrio pada hari ke-22. Bahagian berwarna kelabu akan berkembang menjadi otak bayi.

 

Bayi Dalam Kandungan: 1-3 Bulan

Ketika ini, pembentukan fizikal bayi sudah menampakkan ciri-ciri yang serupa dengan manusia. Ia juga akan bergantung pada uri atau plasenta untuk sumber makanan.

Hari ke-28 selepas proses persenyawaan

 

Selepas minggu ke-5, wajah bayi mula terbentuk. Bolehkah anda mengecam bahagian mata, lubang hidung, dan mulutnya?

 

Pada hari ke-40, sel luaran fetus mula bergabung dengan permukaan dinding rahim untuk membentuk uri (plasenta).

 

Minggu ke-8

 

Kelopak mata yang sudah separa terbuka pada minggu ke-10. Ia akan terbentuk dengan lengkap dalam beberapa hari lagi.

 

Pada minggu ke-10, fetus sudah mula menggunakan tangan untuk menerokai persekitarannya.

Bayi Dalam Kandungan: 3-6 Bulan

Pada minggu ke-15 hingga 28, pendengaran bayi anda semakin baik sekarang.

Ototnya kini boleh bergerak secara refleks dan ginjalnya sudah menghasilkan urin yang disimpan dalam kantung amniotik.

Saluran darah akan terbentuk dengan lebih kompleks. Begitu juga dengan organ-organ sampingan.

Minggu ke-16

 

Saluran darah mula terhasil dan boleh dilihat melalui kulitnya

 

Saluran darah pada kepala

 

Minggu ke-18, bayi dalam kandungan sudah boleh mendengar bunyi-bunyian dari dunia luar.

 

Minggu ke-19, jari dan kuku sudah mula kelihatan lengkap.

 

Antara proses perkembangan janin yang cukup signifikan adalah terbentuknya lapisan lemak (verniks) dan rambut yang sangat halus (lanugo) untuk melindungi kulitnya yang tipis.

Minggu ke-20. Rerambut (lanugo) mula menyelaputi kulit kepala dan muka yang sangat halus.

 

Minggu ke-22, lapisan lemak dan rerambut yang dapat dilihat menutupi organ-organ sensitif untuk melindunginya

 

Minggu ke-24. Bayi sudah mula berpusing untuk posisi yang memudahkan kelahiran.

Pada akhir tahap perkembangan janin trimester kedua ini, 2/3 dari perjalanan anda menuju proses bersalin.

Berat bayi 6 bulan dalam kandungan mencapai satu kilogram dengan panjang sekitar 35 cm.

Organ dan sistem imun bayi anda sudah hampir sempurna. Panjang badannya juga sudah bertumbuh tiga sampai empat kali lipat dari masa akhir trimester pertama.

Maka, sekiranya kelahiran pra-matang berlaku pada usia 28 minggu ini, kemungkinan besar ia boleh bertahan hidup dengan perawatan khusus.

Bayi Dalam Kandungan: 6-9 Bulan

Ketika ini, anda dan bayi akan mengalami perubahan yang dramatik dari segi perkembangan fizikal. Ia akan terus bekerja keras agar benar-benar terbentuk sempurna menjelang waktu bersalin nanti.

Mungkin kebanyakan ibu akan menambah berat badan dan perut akan mula membesar dengan cepat. Lihat, fizikal mereka sudah hampir sempurna seperti seorang bayi!

Minggu ke-36, sifat fizikal bayi sudah hampir terbentuk sepenuhnya sebelum dilahirkan ke dunia kira-kira 4 minggu lagi.

 

Mengagumkan, Bukan?

Sebenarnya, ini hanyalah sebahagian daripada gambar yang terdapat dalam koleksi ‘A Child Is Born’.

Walaupun telah diterbitkan sejak 1965, gambar-gambar ini tidak sedikitpun tersusut nilainya.

Jika difikirkan, tentu tidak akan tersangkal akal fikiran kita untuk mengagumi kebesaran Tuhan yang berkuasa menjadikan setiap manusia dengan penuh hikmah.

Benarlah seperti dalam firmanNya:

A014

Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. (Surah Al-Mu’minun: Ayat 14)

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×