Famili

WOWSHOP ‘Wow Dah Gaji’ Tarik Penonton Untuk Beli-Belah Dengan Promosi Hebat!

42
SHARES
wowshop

Tarikh yang paling dinanti-nantikan adalah 25 Oktober 2023! Tapi kenapa ya? Hal ini kerana program “Wow Dah Gaji” akan menarik perhatian penonton di saluran TV3 dari jam 9 malam hingga 10 malam! Apa yang menariknya program WOWSHOP ‘Wow Dah Gaji’ ini ya?

Baca juga: DIY Pewangi Anti-Kulat Almari Hanya Guna 3 Bahan Rumah, Kulat Hilang & Baju Pun Harum!

WOWSHOP ‘WOW DAH GAJI’ HIASI SETIAP 25 HARIBULAN ANDA!

WOWSHOP

Bukan sahaja tayangan di saluran TV3, anda juga boleh saksikan siaran langsung secara HD di Tonton. Tapi, tidak mengapa kalau terlepas kerana akan ada siaran ulangan di TV9, jam 10 malam. Program ini akan berlangsung setiap 25 haribulan kerana ia bersempena tarikh gaji dan penonton juga berpeluang membeli barang WOWSHOP secara dalam talian menerusi rancangan ini. Best bukan?

Apa yang disajikan dalam program ‘Wow Dah Gaji’ ini? Antara yang menarik adalah segmen-segmen dengan selebriti, persembahan nyanyian, dan permainan menarik juga ada di rancangan ini. Dalam rancangan ini, ada Fiza Frizzy dan Fizi Ali sebagai host serta penampilan istimewa daripada barisan selebriti tanah air popular seperti Khai Bahar, Nabila Razali, Faizal Tahir, Sharif, dan Syaiful dari Zero untuk menghiburkan anda.

Untuk kaki-kaki shopping semua, terdapat pelbagai produk-produk menarik dari WOWSHOP seperti Le Nona Dining Ware, Habib Bracelet, Hyperack, dan Mugen Smart Pressure Cooker yang semestinya menjadi tumpuan dengan promosi-promosi hebat pada harga yang tiada tandingan.

WOWSHOP adalah siaran demonstrasi yang komprehensif merentasi saluran media utama iaitu TV3, 8TV dan TV9. Pelanggan juga boleh membuat pembelian melalui panggilan atau malayari laman sesawang iaitu www.wowshop.com dan kini anda juga boleh membuat pembelian di Tiktok Live.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

*Selamat membeli-belah!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×