Rakyat

Wanita Ini Kongsi Tips Selamatkan Barang Elektrik Selepas Banjir

137
SHARES

Banjir di setengah tempat sudah mula surut namun melihat peralatan elektrik seperti televisyen dan peti ais tersadai, pasti remuk hati mangsa banjir melihat keadaan tersebut. Antara langkah pertama yang difikirkan ialah untuk membeli baharu.

Jangan! Ada beberapa langkah boleh dilakukan untuk memastikan barangan elektrik dalam keadaan baik dan boleh digunakan semula. Ikuti perkongsian pengguna Facebook bernama Nur Izzati Harun di bawah.

Baca juga: Cara Buat Benteng Air, Kurangkan Kesan Air Banjir Masuk Rumah!

WANITA INI KONGSI TIPS SELAMATKAN BARANG ELEKTRIK SELEPAS BANJIR

Assalamualaikum pada mangsa banjir saya kongsikan tip bila barangan eletrik kena air banjir.

1. Jangan sekali-kali cuba menghidupkan untuk test ia masih OK atau TIDAK.

2. Kumpul semua peralatan letrik, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur di setiap bahagian.

3. Buka back cover atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakkan komponen dalam peralatan, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur. Jangan memberus, jika perlu guna berus cat untuk menyental lumpur yang degil.

4. Bila dah rasa cukup bersih, jemur tengah panas 2 ke 3 hari sehingga puas hati tiada air atau kelembapan pada komponen bahagian dalamnya.

5. Jika ada pengering rambut (hair dryer) tiupkan udara panas kebahagian yang sulit supaya betul-betul kering.

6. Pasangkan balik back cover atau penutup belakang.

7. Hidupkan untuk test OK atau TIDAK.

Yang penting sabar dan tabah mengendali kerja baik pulih peralatan letrik yang sebenarnya tidak rosak pun kerana banjir.

Untuk membantu mangsa-mangsa banjir supaya mereka dapat mengurangkan belanja membeli peralatan letrik yang baru.  Mudah-mudahan kita dpt membantu semua mangsa banjir…doakan kami warga port klang selamat.

Sumber: Facebook Nur Izzati Harun

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×