Famili

Wanita Batalkan Perkahwinan, Terkejut Tengok Bakal Suami Dimandikan Ibunya

12
SHARES

Seorang wanita di China memilih untuk membatalkan perkahwinan gara-gara terkejut melihat bakal suaminya dimandikan oleh ibunya sendiri.

Kedua-dua bakal pengantin itu difahamkan sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan mereka dan wanita tersebut singgah ke rumah lelaki itu untuk menghantar barang.

Baca juga: Ayah Terpaksa Tembak Anak ‘Lalok’, Takut Diserang Guna Parang

WANITA BATALKAN PERKAHWINAN, TERKEJUT TENGOK BAKAL SUAMI DIMANDIKAN IBUNYA

Wanita yang dikenali sebagai Chen, terkejut melihat bakal ibu mentuanya masuk ke bilik bakal suaminya itu dan memandikan Li. Li kelihatan selesa dan sudah biasa dimandikan oleh ibunya sendiri, lapor Wolipop.

Perasaan bercampur baur timbul dan dia sangat kecewa dengan tindakan tidak masuk akal itu. Jelasnya, perbuatan itu akan menyukar perkahwinan mereka kerana Li pasti terikat dengan ibu dan keluarganya.

Sebagai langkah berjaga-jaga, dia memilih untuk membatalkan perkahwinan tetapi si lelaki tidak bersetuju dengan keputusan itu. Ibu lelaki berkenaan juga berasa amat sedih kerana menjadi punca perkahwinan mereka dibatalkan.

Jelas Li, mereka sudah lama bercinta dan tidak mahu menjadikan alasan tersebut untuk memutuskan hubungan dan membatalkan perkahwinan yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Sumber: Wolipop

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×