Kini Trending

Ayah Terpaksa Tembak Anak ‘Lalok’, Takut Diserang Guna Parang

6
SHARES

Gugur hati seorang ayah apabila melihat anak dalam khayal dan membahayakan namun seorang bapa terpaksa melepaskan tembakan kepada anaknya yang cuba menyerang menggunakan sebilah parang kerana pengaruh dadah.

Kejadian menyayat hati ini berlaku di Sichon, Thailand dan Ruangrit Phromthong, 56, menggunakan senapang untuk menembak anaknya yang sudah lama mengalami masalah ketagihan dadah.

Baca juga: Viral Budak Kecil Kena Pakai Pendakap Gigi, Ibu Bapa Dikecam Warganet

AYAH TERPAKSA TEMBAK ANAK ‘LALOK’, TAKUT DISERANG GUNA PARANG

Memetik laporan Thaiger, semasa pergaduhan berlaku, mangsa menghunus parang sepanjang 1.2 meter ke muka ayahnya yang merupakan seorang penolong ketua kampung dan dia terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri.

Sebelum ini, Ruangrit juga pernah diserang beberapa kali oleh mangsa sehingga perlu dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Gambar hiasan

Si bapa kemudian menelefon pihak polis dan ketika ketibaan pihak polis, Komisioner Polis, Kittisak Ramsawat, menemukan Adisak memakai seluar jeans dan baju bergaris biru dan putih dan mempunyai kesan tembakan di bahagian muka serta parang sepanjang 1.2 meter tergeletak di sampingnya.

Adisak disahkan tidak bernyawa dan temu bual beberapa saksi serta Ruangrit akan dijalankan sebelum melakukan sebarang dakwaan.

Sumber: Thaiger

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×