Didik

[VIDEO]’Memang Bagus Teknik Ni…’- Latih Anak Pusat Asuhan Tak Terima Jajan Orang Tak Dikenali

23
SHARES

Sejak kebelakangan ini, banyak laporan membabitkan kes penculikan kanak-kanak yang berlaku bukan sahaja di tempat terbuka malah di pusat asuhan kanak-kanak. Ini merupakan kes yang membimbangkan dan ramai dalam kalangan ibu bapa yang makin risau untuk menghantar anak-anak ke pusat asuhan. Tambah pula, bila disogokkan dengan makanan atau mainan, makin suka anak-anak kecil ini lantas mengikut orang yang tidak dikenali tersebut.

Macam mana nak buat supaya anak-anak tak mudah terpengaruh ya?

Baca juga: [VIDEO] ‘Besar Pahala Cikgu..’- Sabar Didik Murid Keperluan Khas Naik Tangga, Latih Otot Kaki

LATIH ANAK PUSAT ASUHAN TAK TERIMA JAJAN ORANG TAK DIKENALI

Tular di laman media sosial tentang perkongsian video dari Vietnam yang memaparkan sekumpulan kanak-kanak tadika yang diberikan ujian pengecaman. Dalam video tersebut dapat dilihat kanak-kanak tersebut dilatih untuk tidak mengambil barang atau makanan dari orang yang tidak dikenali.

Bukan itu sahaja, dalam paparan video tersebut ramai netizen yang memuji kanak-kanak berkenaan masih menurut perintah dan tidak bertegur sapa dengan orang yang tidak dikenali walaupun menangis meraung kerana tidak boleh mengambil makanan ringan tersebut.

@nshyafira

♬ original sound – ns🤍 – ns🤍

“BIAR MEREKA NANGIS, JANGAN MAK AYAH NANGIS NANTI…”

Meninjau ruangan komen, ramai yang memuji tindakan kanak-kanak berbaju warna oren yang bertindak seperti ‘ketua kelas’ dan menahan kanak-kanak yang lain supaya tidak terpedaya dengan pujukan rayu orang yang tidak dikenali tersebut. 

Bukan itu sahaja, ramai dalam kalangan ibu bapa yang meninggalkan komen supaya didikan sebegini diterapkan dalam sistem pembelajaran di pusat asuhan, tadika dan sekolah supaya kes culik dapat dielakkan.

Sumber: Tiktok @nshyafira

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×