Rakyat

[VIDEO]”Besar Pahala Cikgu..”-Sabar Didik Murid Keperluan Khas Naik Tangga, Latih Otot Kaki

6
SHARES

Kenangan ketika zaman persekolahan sudah semestinya tidak dapat dilupakan sehingga kita dewasa. Begitu juga dengan kenangan bersama rakan-rakan sekolah yang berkeperluan khas  apabila kita membantu mereka berjalan atau menyelesaikan tugas. Ketika mereka memerlukan kita, disitulah kita ada untuk membantu.

Bagi murid berkeperluan khas (MBK) yang mempunyai kesukaran untuk bergerak seperti rakan normal lain lazimnya akan dibantu guru kelas bagi menjalani latihan menguatkan otot kaki. Pemantauan yang ketat ketika mereka berjalan akan dilakukan untuk mengelakkan sebarang kemalangan berlaku.

Baca juga: Gara-Gara Main Kon Lepas Balik Sekolah, Kepala Pelajar Usia 10 Tahun Tersekat

GURU SABAR DIDIK MURID KEPERLUAN KHAS NAIK TANGGA, LATIH OTOT KAKI

Situasi ini dapat dilihat melalui hantaran video berdurasi 20 saat yang dimuat naik di TikTok oleh pengguna akaun @Suyah80. Di dalam rakaman video tersebut memaparkan guru-guru pendidikan khas sedang melatih anak murid yang kurang upaya berjalan menaiki anak tangga.

Katanya, video tersebut dibuat bertujuan memberi pengetahuan kepada warganet mengenai terapi untuk menguatkan otot kaki murid MBK. Memang terbaik!

Difahamkan, latihan itu juga dapat membantu mereka untuk berdikari apabila semakin menginjak ke umur dewasa.

@suyah80

#Kamihanyamembantu💪🏻

♬ Kisah Dongeng – Stacy

“YA ALLAH, MENITIS AIR MATA…”

Video tersebut berjaya meraih 588,500 tontonan dengan 47,400 tanda suka daripada pengguna platform TikTok yang rata-rata menaikkan semangat guru MBK untuk terus bersabar mendidik murid yang kurang bernasib baik.

Sumber: Tiktok @suyah80

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×