” Alamak, kenapa anak nangis dari tadi sampai sekarang. Tak mahu tidur pula tu”

www.littlebluenest.com
Bila anak menangis, satu kerja pun kita tak boleh nak buat. Kadang-kadang tu sampai tak tahu macam mana cara nak buat supaya anak berhenti menangis. Kata orang, kalau budak-budak selalu menangis ni ada ‘benda’ nak ganggu. Mungkin ada betulnya tetapi kadang-kadang, perkara yang remeh temeh pun kita terlepas pandang juga. Salah satunya adalah, dengan tidak membedung anak. Tak bedung anak pun boleh menyebabkan anak susah tidur ke? Kalau tak percaya, anda boleh tengok video demonstrasi dari konsultant ini.

positively.com
KENAPA BAYI SUSAH TIDUR
Sempat lagi saya ‘consult’ secara 1-to-1 salah satu pasangan peserta acara ‘Tidurlah Sayangku: Baiki Tidur Bayi Anda’ siang tadi.
Iffat yang berusia 47 hari ini nampak mudah untuk ditenteramkan dan cepat pula lena kan?. Tapi jangan tak tahu, sebab utama ibubapa Iffat hadir adalah kerana Iffat kerap terjaga bila diletak ke bawah dan pernah tak tidur siang! (menurut ibunya).
Salah satu sebabnya yang sangat jelas ialah Iffat tidak dibedung.Nampak sedap pula dia tidur berbedung di tangan saya kan?Kadangkala, satu perkara ‘mudah’ yang tak dilakukan itulah, rupanya penyelesaian kepada permasalahan tidur bayi.
Ha, lepas ini kalau anak susah nak tidur, pastikan bedung anak dahulu ya.
Sumber : Baby Language