Famili

[VIDEO] Pelajar Tercekik Penutup Botol, Guru Jadi Hero Dengan Guna Teknik ‘Heimlich Maneuver’

31
SHARES

Seorang pelajar lelaki berusia sembilan tahun berdepan detik cemas apabila tercekik penutup botol air di dalam kelas. Kejadian ini berlaku di Sekolah Piagam Komuniti East Orange. Pelajar itu pada mulanya tidak dapat membuka penutup dengan tangannya lalu dia membuka penutup botol tersebut dengan menggunakan gigi.

Baca juga: Kerana Rindukan Isteri, Suami Sanggup Dayung Bot Dari Phuket Ke India Sejauh 2,500KM!

PELAJAR TERCEKIK PENUTUP BOTOL, GURU JADI HERO

Memetik laporan New York Post, pelajar gred tiga itu, yang dikenali sebagai Robert, cuba menggunakan giginya dan memulas botol air sehingga menyebabkan air menolak penutup ke bahagian kerongkongnya.

Dia bergegas ke singki untuk mengeluarkan tetapi tidak berjaya dan terus berlari meminta bantuan guru yang berada di dalam kelas ketika itu. Gurunya, Janiece Jenkins bertindak dengan pantas dan melakukan teknik Heimlich Maneuver.

“Kemudian saya memulas botol air itu dan kemudian air menolak penutup ke bahagian kerongkong saya.

“Saya pergi ke singki untuk mengeluarkannya tetapi tidak berjaya dan saya terus berlari meminta bantuan guru saya,”  jelas pelajar terbabit

Jenkins bertindak dengan pantas melakukan teknik Heimlich Maneuver selepas Robert berlari ke arahnya dalam keadaan kelam-kabut di hadapan bilik darjah yang penuh dengan pelajar lain.

“Dia menunjuk ke lehernya dan dia tidak boleh bercaka. Jadi, saya memusingkan badannya dan melakukan teknik Heimlich Maneuver,” kata guru itu.

Tindakan pantas itu sudah tentunya mendapat perhatian warganet dan sehingga kini video tersebut menerima 2.3 juta tontonan di laman Twitter.

Sumber: New York Post & Twitter ABC News

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×