Suami warga Vietnam cuba mendayung melalui Teluk Benggala dari Phuket ke India menaiki bot getah untuk melihat isterinya yang tidak pernah dilihatnya sejak dua tahun kerana wabak Covid-19.
Anggota-anggota Marin Thai menemui Ho Huang Hung, 37 tahun semalam sekitar 80 kilometer dari pantai Andaman selepas dia berada di laut selama 18 hari.
Baca juga: Tular Tunjuk Jari Tengah Di Traffic Light, Ini Perangai Sebenar Im Kamaluddin
KERANA RINDUKAN ISTERI, SUAMI SANGGUP DAYUNG BOT DARI PHUKET KE INDIA
Memetik laporan The Thaiger, Hung bersedia untuk mendayung sehingga ke India merentasi Laut Andaman dan melalui Teluk Bengal, perjalanan sekitar 2,500 kilometer. Selepas 18 hari, Hung hanya mampu mendayung 80 kilometer dari pantai. Pada kadar itu, Hung akan mengambil masa kira-kira 625 hari untuk sampai ke pantai India.
Dengan 10 pek mi, tangki air dan beberapa bagasi, Hung mempunyai bekalan yang mencukupi untuk bertahan lebih lama, tetapi pastinya tidak untuk 625 hari lagi.
Pegawai tentera laut di Kepulauan Similan menerima mesej daripada seorang nelayan pada pukul 12.50 malam (waktu tempatan) setelah melihat seorang lelaki berada di atas bot berwarna kuning dan biru sepanjang kira-kira 2.5 meter.
Mereka menyelamatkannya lalu membawanya ke Taman Negara Kepulauan Similan. Hung mengambil penerbangan dari Saigon ke Bangkok pada 2 Mac lalu dengan harapan untuk mengambil penerbangan sambungan ke Mumbai, tempat isterinya tinggal.
Hung menyedari dia tidak boleh memasuki India tanpa visa jadi dia menaiki bas ke Phuket lalu mencari bot dan memulakan perjalanannya sekitar 5 Mac lalu.
Dibutakan oleh cinta, Hung tidak menyedari rancangannya akan cepat membawa kepada kematiannya, sekiranya perjalanannya tidak dipintas oleh tentera laut.
Sumber: The Thaiger