Famili

Tular Tunjuk Jari Tengah Di Traffic Light, Ini Perangai Sebenar Im Kamaluddin

247
SHARES

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan seorang budak lelaki yang membonceng motosikal ditunggang oleh ibunya sambil tunjuk jari tengah ketika berhenti di lampu isyarat. Video tersebut sudah tentunya mendapat perhatian warganet dan tersebar luas di media sosial. Video tersebut turut mendapat perhatian aktor Korea, Siwon.

Jika dilihat melalui video tersebut, sudah tentunya warganet menyangka kanak-kanak itu berasal dari Indonesia tetapi sebenarnya silap kerana dia merupakan kanak-kanak warga Thailand.

Baca juga: “Dia Makan Selipar Macam Makan Nasi…”- Kanak-Kanak Tiga Tahun Ketagih Makan Selipar!

TULAR TUNJUK JARI TENGAH DI TRAFFIC LIGHT, INI PERANGAI SEBENAR

Wajah Im Kamaludin mirip warga tempatan membuatkan netizen menyangka budak botak itu berasal dari Indonesia. Menurut laporan Suara, nama ‘terkenal’ budak lelaki itu adalah Im Kamaludin.

Bukan sahaja mendapat perhatian aktor Korea malah pencipta kandungan Khaby Lame juga melakukan perkara yang sama. Ia turut mengundang rasa ingin tahu netizen tentang figura budak tersebut.

Salah seorang pencipta kandungan dari Thailand yang mempunyai saluran youtube bernama Fizart Vlog mendedahkan kehidupan Im Kamaludin. Sejurus selepas itu, budak lelaki yang sering digelar pelarian antarabangsa itu muncul di media sosial menerusi akaun Facebook rasminya.

“Hello, semua. Saya Kamaludin. Ini akaun rasmi saya. Terima kasih kerana mengikuti saya,” tulis Im Kamaludin menerusi akaun Facebooknya pada 14 Mac 2022.

Im menetap di Kota Baru, Yala, Thailand bersama keluarga. Bukan sahaja video mengangkat jari tengah, ada beberapa video yang turut viral.

Jika merujuk ke laman Facebooknya, Im seorang budak yang baik. Berlawanan pula dengan video apabila dia mengangkat jari tengah yang membawa maksud tingkah lakunya agak kasar atau nakal. Dia juga seorang kanak-kanak yang periang dan suka bermain dengan rakan-rakannya.

Malah beberapa posting lain menunjukkan dia memakai pakaian Muslim dan berkopiah. Jika di Indonesia dia kelihatan seperti kanak-kanak yang akan pergi ke al-Quran atau ke masjid.

Tidak terhenti di situ, Im Kamaludin juga gemar membuat tugasan sekolah yang diberikan oleh gurunya. Ketika ini namanya semakin hangat malah menjadi bualan netizen di beberapa negara. Im juga dijemput untuk membuat video lucu oleh Fizart Vlog yang dimuat naik di Youtube miliknya.

Sumber: Suara.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×