Famili

“Dia Makan Selipar Macam Makan Nasi…”- Kanak-Kanak Tiga Tahun Ketagih Makan Selipar!

84
SHARES

Baru-baru ini tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ketagih mengunyah selipar getah dan potongan kertas. Kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Pipit mempunyai tabiat suka makan selipar sejak berusia setahun, kata ibunya.

Baca juga: [VIDEO] “Mak-Mak Banyak Berfikir…”- Ibu Terkejut Anak Di Walker Hilang, Rupanya…..

KANAK-KANAK TIGA TAHUN KETAGIH MAKAN SELIPAR

Memetik laporan CNN Indonesia, video itu dirakam di sebuah rumah di Jaya Sakti, Bekasi, Jawa Barat, Indonesia dan telah mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial sehingga media tempatan mengunjungi kanak-kanak itu di rumahnya.

“Memang benar anak saya suka makan selipar, dia makan seperti makan nasi. Dalam masa sebulan, Pipit boleh makan lima pasang selipar, malah kami juga akan membeli selipar lebihan buatnya.” jelasnya.

Ibu Pipit juga memaklumkan, anaknya hanya makan selipar yang bersih atau belum dipakai. Selain itu, Pipit juga makan beberapa benda lain seperti kertas dan kadbod.

“Jika kami tidak turuti permintaannya untuk makan selipar, Pipit akan mengamuk dan menangis,” ujarnya.

Sementara itu, ibu Pipit turut memaklumkan anaknya tidak pernah mengeluh mengenai masalah penghadaman walaupun makan bahan yang tidak boleh dicerna seperti selipar dan styrofoam.

“Setakat ini, Pipit tidak mengalami masalah kesihatan. Pada mulanya kami bimbang juga dengan tabiatnya, namun Pipit tidak berdepan masalah kesihatan. Malah, semua selipar yang dimakannya dikeluarkan semula melalui najisnya,” katanya.

Sumber: CNN Indonesia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×