Famili

[VIDEO] Pasangan Viral Isteri Kerdil Bakal Timang Cahaya Mata Sulung Tahun Depan

60
SHARES

Sebelum ini, satu kisah percintaan suami isteri pernah tular di media sosial kerana warganet memuji sifat keikhlasan lelaki tersebut menerima gadis kecil molek dengan ketinggian hanya 119cm sebagai isteri.

Terbaru, satu berita gembira dikongsi di laman TikToknya yang memaparkan isterinya melakukan pemeriksaan di klinik. Haa kenapa tu?

Baca juga: Disangka Dua, Rupanya Dikurniakan Kembar Tiga!

PASANGAN VIRAL ISTERI KERDIL BAKAL TIMANG CAHAYA MATA SULUNG

Menerusi perkongsian tersebut, ternyata Yaya, sudah pun mengandung dan kandunganya berusia 11 minggu. Jelasnya, dia bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT buat dia dan suami.

Dia juga meminta doa orang ramai agar sentiasakan mendoakan keadaan dirinya dan bayi dalam kandungan sihat sentiasa dan dijauhkan daripada wabak Covid-19.

“Alhamdulillah syukur dengan rezeki yang Allah bagi. Baby dah 11 weeks dah. Doakan Yaya dengan baby sihat dan dijauhkan dari wabak Covid-19,” luahnya.

Selain itu, setelah sekian lama tidak memuat naik khabar tentang kandunganya, Yaya ada berkongsi satu video bersama suami tersayang. Video tersebut memaparkan mereka bersiar-siar dan jelas kelihatan perut Yaya semakin membesar.

Yaya juga sempat berseloroh menyatakan dia bersiar-siar dengan suami dahulu sebelum baby mereka bersalin pada tarikh yang dijangka kelak.

“KUASA ALLAH MAHA HEBAT…”

Video yang menerima 12 juta tontonan itu dibanjiri komen warganet memuji kecomelan Yaya dan mendoakan agar bayi dan ibu sentiasa sihat. Ada juga menyatakan kuasa Allah itu sentiasa hebat kerana itu merupakan satu rezeki yang tidak disangka-sangka buat Yaya.

Semoga segalanya dipermudahkan. Comel perut!

Sumber: TikTok Yaya Mekcekk

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×