Famili

[VIDEO] Masa Hamil Suka Tengok Hrithik Roshan, Anak ‘Terkenan’ Jari Keenam!

165
SHARES

Sudah menjadi lumrah dalam kalangan ibu hamil akan menyajikan mata ini dengan pandangan yang indah. Kata orang, kalau kita tengok benda yang cantik dan elok, maka anak-anak pun akan ‘terkenan’ dengan apa yang kita tengok tersebut. Begitu juga dengan perkongsian ibu ini yang sangat meminati Hrithik Roshan sampai boleh terkenan dekat anak yang dikandungnya!

Baca juga: Ingatkan Kakak, Rupanya Mak Yang Kahwin Pada Usia 50 Tahun. Cantiknya!

MASA MENGANDUNG SUKA TENGOK HRITIK ROSHAN, ‘TERKENAN’ JARI!

Seperti perkongsian dari wanita ini di laman Tiktok, dia menceritakan pengalamannya semasa hamil yang sangat meminati pelakon popular Bollywood iaitu Hrithik Roshan. Mempunyai raut wajah yang sangat kacak walaupun usia sudah meninjau 40-an, siapa yang tidak ‘tergila-gilakan’ figura popular ini bukan?

Wanita ini menceritakan bahawa bayi lelaki yang dilahirkan mempunyai jari keenam seperti jari pelakon tersebut yang masih ada juga dalam kalangan peminat yang tidak menyedarinya. Siap buat album penuh dengan muka Hrithik Roshan tau dalam gallery telefon!

‘BESAR NANTI HENSEM MACAM HRITHIK ROSHAN!’

Video yang mendapat tontonan sebanyak 1.8 juta di laman Tiktok ini juga mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai. Ada juga yang dan menantikan wajah bayi ini apabila dewasa kelak dan mengatakan akan kacak seperti pelakon Bollywood tersebut!

Sumber: Tiktok @reeen_

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×