Famili

Ingatkan Kakak, Rupanya Mak Yang Kahwin Pada Usia 50 Tahun. Cantiknya!

63
SHARES

Ternyata jodoh itu adalah rahsia dari Allah. Ada orang yang dikurniakan jodoh pada usia muda dan ada juga dipertemukan dengan jodoh berkali-kali dan pada usia yang lebih lanjut. Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan di laman Tiktok ini apabila ibu gadis ini yang berusia 50 tahun dipertemukan jodoh dengan lelaki yang lebih muda. Mak cantik betul!

Baca juga: Cara Semak Status Perkahwinan & Rekod Jenayah Pasangan Sebelum Kahwin

MAK KAHWIN USIA 50 TAHUN, CANTIKNYA!

Menerusi video dikongsi seorang gadis menceritakan ibu tersayang dipertemukan jodoh dengan lelaki pilihan hati. Video pendek itu memaparkan sesi akad nikah di dalam sebuah masjid dan gambar-gambar pasangan ini yang segak mengenakan busana pengantin. Tambah pula, wanita yang berusia 50 tahun tersebut kelihatan sangat muda sekali berbanding usia asalnya. Cantik!

Tahniah emak, walaupun umur 50 tahun dah. Alhamdulillah jodoh baru sampai.

Gadis berusia 24 tahun ini, turut akui mendapat bapa tiri muda dan dia sama sekali tidak mendedahkan umur bapa tirinya. Menerusi ruangan komen rata-rata netizen seakan-akan tidak percaya dengan umur ibunya yang kelihatan ‘awet muda’ dan mendakwa itu merupakan kakaknya.

Ha bapa muda.

“MAK RUPANYA, INGATKAN KAKAK!”

Bagaimanapun, gadis ini menyangkal dakwaan tersebut dan menjelaskan wanita yang berkahwin itu merupakan ibunya. Pada masa yang sama, netizen turut menitipkan doa buat pasangan ini dan mendoakan agar pasangan ini berkekalan buat selama-lamanya.

Sumber: Tiktok @syamoon97

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×