Inspirasi

[VIDEO] ‘Mama Rindu Sangat-Sangat’- Sebaknya Bila Ibu ‘Disatukan’ Semula Dengan Mendiang Anak

31.1K
SHARES

Viral di laman media sosial dimana terdapat perkongsian video di Korea yang memaparkan seorang ibu dipertemukan kembali dengan anaknya yang sudah meninggal dunia melalui aplikasi Virtual Reality (VR). Perkongsian video kisah ibu dan anak ini turut mendapat perhatian orang ramai dan rata-ratanya meluahkan rasa sedih melihat momen ‘disatukan’ semula tersebut.

DIPERTEMUKAN DENGAN ANAK YANG SUDAH TIADA AKIBAT KANSER DARAH

Kisahnya apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun bernama Nayeon, telah disahkan menghidap kanser darah. Apa yang menyedihkan adalah kanak-kanak ini dimasukkan ke hospital pada musim panas dan terus tinggal di sana sehingga musim luruh berakhir. Situasi ini juga menghadkan pertemuan antara Nayeon dan ibunya sehinggalah Nayeon meninggal dunia.

Kisah ini telah mendapat perhatian salah satu stesyen televisyen di Korea iaitu MBC, dimana mereka mula menghasilkan sebuah dokumentari mengenai kisah ibu dan anak ini bertajuk ‘I Met You’. Bertempat di Naeol Park, pihak produksi menghasilkan projek berkonsepkan virtual reality atau VR dimana ibu ini dipertemukan semula dengan Nayeon.

UBAT KESEDIHAN KELUARGA

Hasil video yang menggunakan 160 kamera 360 darjah bagi mendapatkan imej 3D Nayeon serta suara dan wajah yang seiras dengan Naeyon sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan dan kesedihan keluarga kanak-kanak ini. Bukan itu sahaja, orang ramai yang menonton hasil video ini juga turut meluahkan rasa sedih dan menitiskan air mata.

Video penuh :

Sumber: MBC,  Mr.Subjek

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×