Inspirasi

[VIDEO] Lelaki Ini Pamer Bakat Ukir Potret Tun M Hanya Atas Daun, Hebat!

43
SHARES

Benarlah setiap manusia yang lahir di muka Bumi ini mempunyai bakat yang tersendiri. Ada juga dalam kalangan orang ramai yang menggunakan bakat ini sebagai mata pencarian rezeki dan ada juga menggunakan bakat untuk mengisi masa lapang sahaja. Begitu juga dengan seorang lelaki ini yang mempunyai bakat mengukir wajah orang ternama di atas sehelai daun sahaja! Hebat!

Baca juga: [VIDEO] Hasilkan Potret Siti Nurhaliza Guna Rubik Kiub, Dah Dapat 1 Juta Tontonan!

UKIR MUKA TUN M ATAS SEHELAI DAUN

Terdapat satu perkongsian video di laman Tiktok milik @hafizi_eiji apabila dia mempamerkan kehebatan seni menggunakan sehelai daun. Apa yang menariknya adalah dengan menggunakan sehelai daun, saudara bernama Hafizi ini boleh mengukir pelbagai jenis rekaan termasuklah ukiran wajah mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Video berdurasi 19 saat dan mendapat tontonan sebanyak 370 ribu dalam masa 12 jam ini memaparkan dia menggunakan sehelai daun dan mengukir wajah Tun M. Mungkin nampak mudah namun kemahiran ini telah dipraktikkan dalam tempoh yang lama dan hasilnya begitu menakjubkan!

Bukan sahaja wajah-wajah tokoh ternama, malah Hafizi yang berasal dari negeri Kedah ini juga turut mengabadikan ukiran tulisan Allah, Muhammad di atas sehelai daun tersebut. Prestasi membanggakan adalah dia juga pernah ditemuramah oleh stesen televisyen seperti rancangan Malaysia Hari Ini dan Borak Kopitiam.

“KALAU AKU NI HANCUR DAUN JADINYA..”

Menjengah ke ruangan komen sudah pasti ramai yang terpukau dengan kemahiran saudara ini dan mengharapkan supaya Tun M akan perasan video tersebut! Kalau Tun M tengok mesti suka.

Memang terbaik bakat saudara ini!

Sumber: Tiktok @hafizi_eiiji

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×