Seringkali kita dengar orang mengatakan bahawa kanak-kanak adalah golongan yang mempunyai pandangan mata yang sensitif. Sensitif dalam erti kata ini adalah, kanak-kanak lebih mudah untuk melihat sesuai yang kita orang dewasa tidak boleh nampak dengan mata kasar, iaitu makhluk halus.
Begitu juga dengan perkongsian video dari seorang ibu ini apabila anaknya sering menyuap ‘rakan’ yang tidak boleh dilihat setiap kali makan. Terkejut dibuatnya apabila disuruh lukis wajah rakan tersebut, amatlah mengerikan! Minta jauh dari anak-anak kita!
Baca juga: [VIDEO] 2 Tahun Tak Jumpa Ibu, Sekali Pandang Terus Dipeluknya…Sebak!
IBU SERAM ANAK SUAP ‘KAWAN’ MAKAN NASI
Menerusi beberapa video yang dimuat naik oleh seorang wanita dikenali sebagai Nisdorli di TikTok, berkongsi kisah yang membuatkan warganet meremang apabila anak lelakinya itu seolah-olah sedang menyuap ‘rakan’ di sebelahnya.
Abang bagi makan siapa? Abang nak bagi makan siapa ni? Mana ada orang kat sini.
3 kali dia asyik suap kat sebelah tu. Sempat rakam yang ni. Siap tadahkan nasi lagi.
@nisdorli pagi2 die seramkn ummi 😑#fyp #paranormalvideos #fypage
Apabila ditanya mengenai ‘rakannya’, si anak mengatakan bahawa ia merupakan kanak-kanak perempuan yang sebaya umur dengannya. Tambah anaknya lagi, dia memberitahu bahawa makhluk tersebut berada di taman kawasan perumahannya dan mengikutnya pulang ke rumah.
Dalam pada itu, si ibu turut bertanya kepada anak perempuannya sekiranya dia boleh melihat ‘rakan’ tersebut. Anaknya memberitahu bahawa dia melihat kanak-kanak perempuan berambut pendek.
@nisdorli Reply to @cikna_chiyo #fypage #fypシ #paranormalvideos #fypdonggggg
@nisdorli Reply to @syamyam6 #paranormalvideos #fypdonggggg #fypシ #fypage betul la ap awk nmpk tu kot….. budk x reti menipu.
Baju kawan abang warna putih. Muka dia buruk. Adik tak nak kawan dia. Abang kata muka kawan dia cantik.
‘KAWAN’ MATA MERAH, ADA JAHITAN DI MULUT
Lebih menyeramkan lagi apabila anak lelakinya itu melukis wajah ‘kawannya’ dengan mewarnakan mata berwarna merah dan seperti mempunyai jahitan pada bahagian mulut.
@nisdorli Reply to @ajib_yazid151694 #fypage #fypシ #paranormalvideos x sempat nk habis die terus mngamok.😩
Walau bagaimanapun, di ruangan komen, terdapat warganet yang mendakwa mereka melihat seorang kanak-kanak perempuan mendampingi anaknya itu.
Sumber: Tiktok @nisdorli