Mungkin ramai dalam kalangan kita yang sudah lama tidak bertemu dengan ibu bapa kerana terpisah sebelum ini gara-gara penularan wabak. Namun, kini kita sudah diberikan kelonggaran untuk pulang bertemu mereka dan melepaskan rasa rindu yang mendalam.
Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan di laman Tiktok ini apabila seorang anak sudah 2 tahun tidak bertemu dengan ibu tersayang namun masih mengingati wajah ibu walaupun memakai pelitup muka dan berlakon seolah-olah tidak mengenalinya. Sebak…
Baca juga: Luluh Hati Ibu Bila Anak Tunggal Usia 4 Bulan Meninggal Dunia Di Rumah Pengasuh
2 TAHUN TAK JUMPA IBU, SEKALI PANDANG TERUS KENAL…
Terdapat satu perkongsian video yang memaparkan seorang anak yang sudah lebih 2 tahun tidak bertemu dengan ibunya sendiri. Menerusi perkongsian video di Tiktok @norshafikarahmat yang menjalankan perniagaan surprise dan gift shop, mengikut plan asal adalah si ibu hanya akan berpura-pura untuk tidak mengenali si anak.
Namun, sebak dibuatnya apabila si anak terus mengenali ibunya sendiri walaupun sudah lama tidak bertemu. Bukan itu sahaja, wanita tersebut juga merupakan kakaknya sendiri dan ini merupakan rancangan mereka untuk mengejutkan anak saudaranya yang rindu pada ibu.
“3 KALI TENGOK, 18 KALI NANGIS..”
Video yang mendapat tontonan sebanyak 2.4 juta ini sudah semestinya meluluhkan hati orang ramai yang menonton di laman Tiktok. Bukan itu sahaja, ada juga dalam kalangan warganet yang berkongsikan kisah bahawa mereka juga pernah mengalami situasi tidak bertemu dengan yang tersayang bertahun-tahun lamanya.
Sumber: Tiktok @norshafikarahmat