Famili

Luluh Hati Ibu Bila Anak Tunggal Usia 4 Bulan Meninggal Dunia Di Rumah Pengasuh

1.1K
SHARES

Kejadian terbaharu di Seremban, Negeri Sembilan apabila seorang ibu tidak dapat menahan sebak ketika mengetahui anak tunggalnya yang berusia empat bulan meninggal dunia. Hal tersebut selepas disedari anaknya berada dalam keadaan lemah di rumah pengasuhnya di sebuah taman di Senawang.

Baca juga: Wanita Menyesal Rampas Suami Orang, Disangka Kaya Rupanya Semua Harta Isteri Pertama

DIMAKLUM PENGASUH ANAK DALAM KEADAAN LEMAH

Foto: Sinar Harian

Lilis Handayani Sukran, 24, memberitahu, dia bergegas ke kediaman pengasuhnya sebaik dimaklumkan anak perempuannya dalam keadaan lemah.

Menurut laporan Sinar Harian, ibu tersebut baru sahaja sebulan menghantar anaknya kepada pengasuh berkenaan ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.

Bapa saudara mangsa, Nashrullah Mohd Non, 32, anak saudaranya itu merupakan cucu bongsu dalam keluarganya.

“Buat masa ini kami belum mendapat keputusan bedah siasat dan mungkin diketahui dalam masa terdekat. Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Lui Muda, Jempol, petang ini,” katanya.

Sebelum itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian pada jam 4.40 petang semalam, ibu mangsa yang berada di tempat kerja menerima panggilan telefon daripada pengasuh memintanya datang segera ke kediamannya di Senawang di sini kerana bayi itu dalam keadaan sangat lemah dan wajahnya pucat.

“Ibunya mendapati keadaan wajah anaknya telah pucat dan tiada tindak balas apabila dia cuba mengejutkannya.

“Bayi itu kemudiannya dihantar ke HTJ Seremban untuk mendapatkan rawatan disahkan meninggal dunia 30 minit kemudian,” katanya.

Katanya, punca kematian belum diketahui dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sehingga laporan keputusan bedah siasat diperoleh.

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×