Famili

[VIDEO] Disangka Sakit Perut, Wanita Tanpa Sedar Hamil 9 Bulan Selamat Bersalin

401
SHARES

Sudah menjadi kebiasaan, jika wanita hamil pasti akan diketahui oleh tuan badan sendiri kerana ada perubahan seperti kedatangan haid, selera makan dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, lain pula dengan cerita yang dialami oleh seorang wanita di mana dia sama sekali tidak menyedari bahawa dia sedang hamil sehingga sembilan bulan. Haa pelik kan?

Baca juga: [VIDEO] Pasangan Viral Isteri Kerdil Bakal Timang Cahaya Mata Sulung Tahun Depan

DISANGKA SAKIT PERUT, WANITA TANPA SEDAR HAMIL SELAMAT BERSALIN

Kisah ini telah dikongsi oleh adik kepada wanita tersebut di laman TikTok. Menurutnya, mereka sekeluarga dikejutkan dengan kehadiran bayi ‘ajaib’ itu apabila kakaknya selamat melahirkan anaknya pada jam 4 pagi di dalam tandas seorang diri.

Jelasnya lagi, wanita itu terpaksa duduk di tandas hampir satu jam kerana tiada siapa di dalam rumah yang menyedari perkara tersebut sehinggalah ibu mereka bangun untuk ke dapur.

Melihat kejadian itu, mereka bergegas menelefon ambulance dan setiba sampai nurse meminta buku pink untuk semakan lanjut namun dia menjawab kakaknya tiada buku pink kerana dia tidak mengetahui tentang kehamilannya.

“Nurse tanya buku pink ada? Dan saya terus cakap tak ada sebab kakak saya tak tahu dia pregnant. Nurse pun pening,” katanya.

 

Keadaan kakak dan bayinya dalam keadaan baik dan bayi lelaki comel itu diberi nama Muhammad Khalish Wafiq.

“Kuasa Allah. 9 bulan dalam kandungan tanpa diketahui oleh ibunya sendiri. Kun Fayakun. 1 dalam seribu. Baby ajaib,” jelasnya.

“ALHAMDULILLAH, ALLAH JAGA…”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan memuji kebesaran Allah SWT. Ada juga sempat berkongsi pengalaman ahli keluarga terdekat yang mengalami situasi sama.

Sumber: TikTok Mzxra

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×