Kini Trending

[VIDEO] Bayi Nyaris Lemas Muka Tertutup Selimut Semasa Tidur, Si Ibu Tidur Tak Sedar!

25
SHARES

Malang tidak berbau, itulah peribahasa yang dapat digambarkan buat seorang bayi apabila berdepan detik apabila dia dipercayai lemas akibat terperangkap dalam selimutnya. Video rakaman CCTV tersebut tular di media sosial dan mendapat 16 juta tontonan di laman TikTok serta dibanjiri komen oleh warganet. Bahaya betul!

Baca juga: Bangun Tidur Cari Anak Tak Jumpa, Rupanya Jatuh Celah Katil & Tak Bernyawa!

BAYI NYARIS LEMAS MUKA TERTUTUP SELIMUT SEMASA TIDUR

Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh pengguna TikTok bernama @wagyukubb, dapat dilihat seorang bayi terjaga di tengah malam. Pada ketika itu, dia kelihatan seperti dalam keadaan lemas dek kerana terperangkap dengan selimutnya.

Lebih mengejutkan apabila, ibu bayi tersebut tidur nyenyak sehingga tidak sedar dengan apa yang berlaku. Suara bayi berkenaan seperti sukar untuk bernafas akibat selimut menutupi seluruh mukanya.

Menerusi video berdurasi kurang satu minit itu, ketika bayi tersebut sedang berusaha untuk menyelamatkan diri, dipercayai ayah kepada bayi masuk ke dalam bilik tersebut dan mengalihkan daripada muka si kecil itu.

@wagyukubb

#เตือนภัย ไม่ควรนำของเล่น หมอน หรือผ้าห่ม วางไว้ในที่นอนลูกมากเกินไป เพราะของพวกนี้อาจจะไปทับตัวลูกน้อย ทำให้หายใจไม่สะดวก ซึ่งอาจจะเกิดอันตรายต่อลูกได้ #sids

♬ เสียงต้นฉบับ – Wagyu ลูกวัวน้อย – Wagyu บักงัวน้อย

“Amaran: Jangan letak terlalu banyak mainan, bantal atau selimut di atas katil anak anda. Kerana perkara-perkara ini mungkin lebih bayi. menyukarkan pernafasan yang boleh membahayakan kanak-kanak,” tulisnya di bahagian kapsyen.

“KESIAN BABY TU…”

Menerusi ruangan komen, rata-rata ibu bapa turut meluahkan rasa risau jika kejadian seumpama ini berlaku dan sempat memberikan pesanan supaya lebih berhati-hati supaya kejadian seumpama ini tidak lagi berulang.

Sumber: TikTok Wagyukubb

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×