Famili

Bangun Tidur Cari Anak Tak Jumpa, Rupanya Jatuh Celah Katil & Tak Bernyawa!

757
SHARES

Seorang ibu berdepan detik cemas apabila terkejut bayi lelakinya tiada di sisi ketika dicari. Difahamkan bayi lelaki itu ditemui di celah katil akibat terjatuh dan sudah tidak bernyawa. Kejadian yang berlaku kira-kira 11 hari lalu ini dikongsi sendiri oleh si ibu di laman Facebook Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM).

Baca juga: Kanak-Kanak 4 Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat 18 Kondominium

BANGUN TIDUR CARI ANAK TAK JUMPA, RUPANYA JATUH CELAH KATIL

Menerusi perkongsian oleh Thira Mishu, dia memuat naik beberapa foto yang memaparkan pasukan forensik dan wajah anaknya berusia dua bulan itu.

Jelasnya, dia baru sahaja bangun dari tidur mula mencari anaknya bernama Mohd Adrayyan Zayn Amsyar di dalam rumah. Walau bagaimanapun tidak ditemui kerana tidak menyangka mangsa sudah terjatuh di celah katil berkenaan.

Tujuan perkongsian ini untuk mendapat semula kekuatan untuk meneruskan hidup kerana dia mengalami trauma yang agak teruk sehingga menyebabkan dirinya mahu berpindah rumah baharu.

Hi, siapa dekat sini ada pengalaman anak meninggal umur 2 bulan jatuh celah katil bukan tepi katil tapi celah katil kelamin. Trauma bilik tu pun takut nk masuk apa lagi tidur atas katil tu.

Macam mana nak hadap. Sekarang saya sampai nak pindah rumah. Punca trauma terbayang-bayang jumpa baby celah katil tu. Ya Allah. Saya tak kuat. Kadang rasa nak gila bila jumpa arwah dah tak bernyawa. Anak dah 11 hari meninggal. Sampai sekarang takut nk masuk bilik tu sorang-sorang. hmm. 

Ramai yang tanya celah katil tu macam mana. Saya sertakan gambar dibawah. Sampai sekarng sejak arwah meninggal saya seram takut trauma nak msuk bilik ni sorang-sorang. Asyik terbayang jumpa baby celah tu dengan tak bernyawa. Saya baru je duduk rumah ni sebulan.

“ALLAHUAKBAR, SEMOGA KUAT…”

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan takziah atas pemergian anak tercinta. Diharapkan mereka sekeluarga sabar dan kuat dengan dugaan menimpa.

Sumber: Facebook group KIMM

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×