Terbaharu, seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut akibat terjatuh dari balkoni di tingkat 18, Blok B, Kondominium PV10, Jalan Danau Saujana 2, Setapak. Mengejutkan!
Baca juga: Tak Sedar Diri Sebenarnya Hamil, Wanita Hampir ‘Flush’ Bayi Dalam Mangkuk Tandas!
KANAK-KANAK 4 TAHUN MAUT JATUH TINGKAT 18 KONDOMINIUM
Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, polis menerima laporan daripada orang awam yang menemui mangsa sekitar jam 2 pagi.
“Mangsa seorang kanak-kanak perempuan berumur 4 tahun tinggal di salah satu unit di tingkat 18 kondominium tersebut. Mangsa telah jatuh dari balkoni tingkat 18 bangunan tersebut.”
Memetik laporan Sinar Harian, siasatan awal mendapati mangsa dibiarkan tidur bersendirian tanpa pengawasan manakala ibunya telah keluar dari rumah pada ketika itu.
Beliau berkata lagi, semasa kejadian, penghuni lain di kediaman terbabit sedang tidur di bilik masing-masing dan tidak menyedari mangsa ditinggalkan bersendirian.
Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan di lokasi kejadian.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a), Akta Kanak-Kanak 2001 (Penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak).
“Pihak polis menasihati ibu bapa agar tidak meninggalkan anak-anak kecil bersendirian tanpa pengawasan kerana perbuatan itu boleh dianggap sebagai satu kecuaian di bawah Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.
Sumber: Sinar Harian